Teknik Belajar Mendaki Bukit
- Gunakan gear satu, jalan ke hadapan mendaki bukit.
- Berhentikan kereta apabila tayar hadapan mencecah ke dalam garisan kuning. Bebaskan (free) gear, tarik brek tangan.
- Keluarkan kepala melihat ke arah tayar atau pastikan cermin sisi selari dengan tiang 1.
TIP UNTUK UJIAN MENDAKI BUKIT:
Calon akan lulus jika:
- Berjaya meletakkan kedua-dua bahagian roda hadapan motokar di atas garisan kuning secara berterusan samada 100%, 75% atau 50%.
- Berjaya maju kehadapan tanpa berundur melepasi garisan kuning apabila diarahkan oleh penguji.
- Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit. Masa tamat akan dicatat selepas keseluruhan badan motokar melepasi garisan kuning.
Calon akan gagal jika:
- Gagal meletakkan kedua-dua roda hadapan samada 100%, 75% @ 50%
- Melebihi masa yang ditetapkan.
- Melanggar tiang penanda besi (samada jatuh atau tidak)
- Langgar garisan putih.
- Kemalangan (samada langgar kenderaan lain, langgar bahu jalan atau langgar objek dalam litar)
Teknik Belajar Turun Bukit
Gunakan gear satu. Tekan pemacu (minyak). Lepaskan cekam (clutch) secara perlahan-lahan, apabila kereta bergerak, lepaskan brek tangan dan tambah tekanan pada pemacu (minyak).
dipetik daripada web belajar memandu Azhan enterprise
BalasPadam