IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Selasa, 3 Julai 2012

Koleksi kasut kesukaan saya

Assalamualaikum kepada pembaca blog..hehehe..malam ini last saya post di blogger ini,yang seterusnya InsyaAllah pagi pulak..
Saya ingin menyatakan bahawa setiap koleksi kasut saya mempunyai beberapa jenis jenama, kenangan dan peristiwa serta ciri-ciri yang menarik mengikut kesesuaian pakaian dan tempat.


Pertamanya saya ingin memperkenalkan kasut bertumit pertama saya iaitu rorrine.Kasut ini saya memakainya semasa hari graduasi di tingkatan 5.Selain itu saya turut memakainya semasa jamuan majlis perwakilan pelajar(MPP) di tingkatan 6 atas.Kasut ini mempunyai lapisan yang berkilat,tapak tidak licin,bertumit 2 setengah inci,tertutup depan dan belakang,sesuai untuk semua jenis pakaian dan majlis formal
Selain itu,kasut ini merupakan pemberian daripada mak saudara.Ia berjenama xes yang bercirikan lebih kurang dengan rorrine tadi,cuma yang ini bertumit gabung.Saya memakainya semasa majlis di skul tapi ingat majlis apa.Sesuai dipakai dengan pakaian kasual dan trendy serta apa jua majlis.Kasut pernah dipinjam oleh sahabat untuk graduasi,tetapi sayang,muat pulak.hehehe
Koleksi seterusnya ialah kasut rorrine terbuka.Kasut ini merupakan kasut raya tahun lepas.Saya memakainya dengan jubah kelawar kelabu cerah.Sangat selesa dipakai kerana tapaknya yang tak licin,berbelit,kukuh dan bertumit 3 inci.Kasut ini juga sesuai dipakai dengan apa juan jenis pakaian dan majlis.
Yang ini pula,berjenama rusty lopez yang dihadiahkan oleh mak saudara dari sabah.Saya jarang memakai sandal ini keluar,saya suka memakainya di dalam rumah sebagai sandal basahan.Saya hanya memakainya sekali sahaja semasa kelas malam.
Koleksi kasut saya yang seterusnya ialah koleksi kasut yang sangat tinggi tumitnya menjangkau setinggi 4 inci.Kasut ini merupakan kasut paling tinggi tumitnya berbanding dengan yang lain.Saya sangat suka akan kasut ini kerana ciri-cirinya yang selesa,cantik,dan berkilau.Namun,ia hanya dipakai dalam keadaan majlis yang kurang berjalan,hanya duduk seperti convo.Hal ini demikian kerana tumitnya yang terlalu tinggi membuatkan saya cepat penat untuk berjalan dan berdiri.Kasut ini juga saya beli untuk memakainya di hotel sempena merai jamuan akhir tahun tingkatan 6.
Berikut pula kasut kesukaan yang lain-lain..
kasut graduasi tingkatan 6

kasut pemberian seorang ibu angkat yang penyayang dan baik hati

kasut baru untuk sambung belajar

kasut baru untuk belajar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan