IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Isnin, 2 Julai 2012

Pemakaian saya dulu dan sekarang

Assalamualaikum pembaca blog.
Ingin saya kongsikan kepada pembaca blog bagaimana saya boleh berimej tudung labuh.Sebelum ini,saya suka bertudung bawal dan memakai pakaian biasa seperti blouse,jeans,t-shirt,baju kurung,kebaya dan pakaian lain-lain selain jubah.


sample tudung bawal

blouse & jeans
Namun segalanya berubah apabila saya telah menjangkau baligh semasa berada di penghujung tingkatan 2,maknanya masuk awal tahun di tingkatan 3 saya mula memakai tudung labuh.Perkara ini terjadi macam ini,sebelum daftar masuk tingkatan 3,saya masih berada di johor bercuti panjang di rumah nenek.Sebelum saya balik,nenek ada bagi 3 helai tudung labuh skul putih untuk saya mula memakainya,tambahnya lagi,sudah tiba masanya untuk saya memakai tudung labuh kerana saya sudah pun baligh,mak pun menyuruh saya memakai tudung labuh pergi skul nanti,saya tanpa fikir panjang dengan hati terbuka memakailah tudung labuh sampai sekarang.



Pada mulanya sahabat agak terkejut besar dengan imej baru saya.Namun,saya tetap dengan pendirian saya dan menguatkan semangat saya sampai bila-bila.Perasaan berdebar tu ada tapi niat saya untuk memakai tudung labuh ini kerana Allah dan sokongan keluarga.Selain itu,saya terbuka hati memakai purdah dan bernazar untuk memakainya selepas tamat tingkatan 5.Alhamdulillah selepas itu saya berimej baru dan berjaya menunaikan nazar tersebut sampai sekarang dan sampai bila-bila.Jenis purdah yang saya pakai purdah biasa iaitu purdah yang hanya menutupi muka.Tetapi saya terpaksa membuka purdah di sekolah semenjak memasuki tingkatan 6.Huh!dugaan juga untuk saya pada mulanya kerana sudah tak biasa muka terdedah.Tapi apakan daya terpaksa juga.Walaubagaimanapun,di luar sekolah saya tetap berpurdah.Hanya kawasan-kawasan dan keadaan tertentu sahaja membolehkan saya membukanya.


Selepas itu,saya mengubah pula jenis berpurdah selepas tamat belajar di tingkatan 6.Kali ini menutupi semua kecuali mata.Maknanya saya berpurdah arab iaitu purdah yang menutupi muka dan dahi.Selain itu,saya turut bersarung tangan atas suruhan keluarga dan orang lain bagi mengalas tangan daripada tersentuh dengan ajnabi semasa membeli,memilih,dan mencari barang atau sebagainya.Alhamdulillah!saya rasa sangat seronok,puas hati dan selamat dengan imej ini.


Kepada pembaca blog sekalian.kisah saya hanya sekadar perkongsian,saya tidak merendah-rendahkan mana-mana pihak atau menunjuk-nunjuk diri ini telah pun sempurna,Ingat!dalam dunia tiada sesiapun yang sempurna melainkan Rasullulah SAW.Walaupun sahabat saya berbeza pakaian dengan saya,saya tetap berkawan dengan mereka dan rapat seperti biasa.Mereka pernah berkata bahawa mereka rasa malu dan rendah diri jika bersama dengan saya dengan alasan bahawa saya ini kaya dengan ilmu-ilmu agama,baik dan bla,bla,bla.Astaghfirullah!tidak!saya berpakaian seperti ini kerana hati saya sendiri yang nak disebabkan dorongan keluarga dan ingin mendapatkan keredhaan Allah.Saya turut berkata kepada mereka,awak,saya berpakaian seperti ini tidak bermakna saya ini kaya dengan ilmu,bahkan saya masih lagi mencari-cari ilmu.Kemungkinan orang seperti awak jauh lebih baik daripada saya,tambahan pula keluarga menginginkan saya berpakaian seperti ini.Jadi janganlah anggap saya seperti itu,kita semua sama sahaja.(pesanan kepada diri dan orang lain)Janganlah sombong berkawan dengan orang lain kerana pemakaian kita.Dampingilah mereka walaupun mereka tidak seperti pemakaian kita...jangan memilih!(akhawat only)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan