IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Selasa, 20 November 2012

ICCE-IIUM PREPARATORY ENGLISH PROGRAMME

first meeting

first meeting

Assalamulaikum pembaca blog hari ini..
Alhamdulillah akhirnya saya telah pun memulakan program bahasa inggeris bersama-sama dengan mak saudara yang saya kasihi sebelum menyambung pengajian di Iium Johore Branch.Program ini sangat bagus kepada mereka yang ingin meningkatkan pengetahuan dalam 'english grammar' dan kelancaran berbahasa inggeris.Miss Yana merupakan Lecturer yang menggembleng tenaga mengajar kami di Auditorium MPC Johor.Beliau merupakan pelajar lepasan master yang berumur 29 tahun dan berperwatakan 'simple woman'.
Saya harap selepas mengikuti program ini,saya dapat meningkatkan pengetahuan berbahasa inggeris.InsyaALLAH

module test


Sabtu, 3 November 2012

Assalamualaikum pembaca blog,kali ini saya post gambar-gambar kesukaan yang dipetik dari google image dan dipilih oleh adik-adik sepupu saya 

humairah

rifkah

humairah

rifkah

humairah

rifkah

                                               Berikut merupakan pilihan mahkota mereka..

rifkah

humairah
                                                                   Pilihan kasut dan buts..

rifkah

humairah

rifkah

humairah

humairah

rifkah



Jumaat, 2 November 2012

Menangani panas baran

Assalamualaikum pembaca blogku..
Di sini saya ingin berkongsi mengenai panas baran yang dipetik daripada majalah solusi.


Pengalaman diri:
Selepas membaca maklumat ini.Saya berasa takut dan gerun kerana saya pernah menjadi panas baran akibat tekanan perasaan sehingga melepaskan marah menerusi barang.Namun begitu,tindakan yang saya lakukan di dalam 'privasy room' yang tidak diketahui sesiapa dan tempohnya hanya sekejap kerana saya berfikir semula kesan tindakan saya terhadap orang lain sekiranya ternampak.Alhamdulillah saya berjaya menyingkirkan sifat panas baran saya.Oleh itu,kepada pembaca blog saya yang kemungkinan memiliki sedikit sifat panas baran,sila baca maklumat ini.


Maklumat panas baran:
Pernahkah anda berhadapan dengan seseorang yang panas baran dalam keadaan dirinya cepat marah,menjerit atau memekik?Ataupun menghempas pintu atau membaling apa jua objek yang dapat dicapai,tidak mengira sessipapun di hadapannya?
Ataupun anda sendiri yang panas baran dan tidak dapat mengawal diri apabila marah kepada sesuatu?Malah anda tidak sedar dan tidak sempat memikirkan akibat daripada tindakan atau perkataan yang diluahkan apabila sedang marah itu.

Panas baran disebabkan kesukaran menangani perasaan marah.Ia dipengaruhi oleh syaitan dan merupakan pintu untuk syaitan memasuki hati manusia.Ia juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang perasaan malu,sehingga bertindak di luar batasan fikiran rasional dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain.Tindakan daripada perasaan marah yang tidak terkawal boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah.
Sebenarnya,sifat pemarah adalah emosi manusia yang normal.,Namun demikian,ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan perasaan marah masing-masing.Panas baran tidak dikenhendaki dalam Islam dan ia perlu dikawal kerana memberi impak negatif terhadap peribadi,keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.


Punca panas baran:

  • Sikap yang diwarisi daripada ahli keluarga
  • Emosi yang tidak terkawal,perilaku agresif,rasa kecewa,sifat ego atau tekanan perasaan
  • Persekitaran dan didikan
  • Gejala sosial
  • Masalah kewangan atau keluarga
  • Bebanan kerja


Langkah menangani panas baran:

  • Latih diri memberi pandangan positif tanpa menimbulkan kemarahan sekalipun
  • menenangkan diri perlahan-lahan
  • Menarik nafas panjang dan dalam-dalam
  • Belajar menjadi masyarakat yang bertamadun
  • Mengamalkan sikap bertolak ansur
  • Mencipta hidup aman dan harmoni
Risiko individu panas baran:

  • Terdedah dengan serangan penyakit kronik seperti darah tinggi,sakit jantung dan migrain
  • Dijauhi atau dipulaukan masyarakat sekeliling
  • Jiwa kosong,tekanan perasaan atau murung yang melampau
  • Hilang kerjaya,kedudukan atau jawatan
  • Menyebabkab perceraian,pergaduhan,kecederaan atau kemalangan
  • Melakukan kesalahan jenayah atau penderaan


Merawat panas baran:

  • Elakkan mengambil ubat anti tekanan-Hal ini kerana pengambilan ubat anti tekanan berlebihan menyebabkan masalah kemurungan melampau,paranoia,menjejaskan keupayaan mental serta ketidakmampuan  berdepan dengan krisis
  • senyuman-Hal ini kerana ia mampu meredakan tekanan sekaligus membantu seseorang bermasalah atau dalam keadaan tertekan.Saintis berpendapat wujud antara hubungan otot pada wajah yang senyum dengan satu kawasan dengan otak yang membebaskan satu bahan kimia saraf(neurotransmitter) yang merangsang untuk menenangkan fikiran malah bercakap dan berbual dengan tenang mampu meredakan fikiran yang serabut
  • Daya komunikasi yang tinggi-Hal ini dapat mengurangkan tekanan,kekecewaan,kemarahan dan ketidakpuasan diri

Khamis, 1 November 2012

Anugerah hatiku

Assalamualaikum wahai si anugerah hatiku..

Apa khabar kamu di sana yang kini sedang memijak di bumi ALLAH yang indah lagi sempurna.
Jasad di sini berharap si anugerah hati di sana sentiasa dilindungi Maha Esa..

Wahai si anugerah hatiku,hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa kamu di sana sangat berharga buat diriku di sini.Kepada siapakah yang harusku bersyukur dengan adanya kamu di sampingku?Mestilah ALLAH TAALA..

DIAlah yang mewujudkan kamu di dalam hidupku wahai si anugerah hatiku.Kini,kita berpisah buat sementara waktu.Sesungguhnya ajal maut,pertemuan dan perpisahan Dia jualah yang menentukan semua itu..

Wahai si anugerah hatiku,ketahuilah bahawa sangat terseksa hati ini berpisah dengan kamu walaupun sekejap.Hanya mendekatkan diri kepadaNYA membuatku tenang..

Sesungguhnya hatiku ini sang Pencipta yang menciptanya.Sebenar-benar pemilik hati ini ialah ALLAH.Engkaulah yang mewujudkan rasa kasih,cinta,benci,suka dan duka.. 

Wahai pembaca blogku,ku tujukan madah ini khas untuk mereka yang sangat menyayangi,dan menghargaiku serta berusaha menjaga hatiku daripada disakiti..

kesan penggunaan DIARI

Assalamualaikum pembaca blog sekalian..
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman mengenai DIARI yang pernah saya guna sebelum ini.


Dari sudut positif,penggunaan DIARI dapat meluahkan tekanan perasaan menerusi luahan dalam bentuk tulisan.Dengan ini,si penulis akan meluahkan segala tekanan perasaan sama ada tekanan positif seperti jatuh cinta,mendapat sesuatu yang menggembirakan dsg ataupun tekanan negatif.seperti putus kawan,gagal dalam percintaan,dsg,manakala dari sudut negatif,penggunaan DIARI dapat mencalar aib diri  dan orang lain jika dibaca oleh orang lain(jika membabitkan aib sahaja)
Pengalaman saya mengenai DIARI ini tidaklah terlalu pahit seperti dalam sangkaan pembaca okey.Cuma kecuaian saya dalam penjagaan DIARI seperti penguncian dan penyimpanan di tempat yang sepatutnya.Isi kandungan DIARI juga hanya luahan mengenai kesedihan dalam persahabatan dan isi hati yang tersirat.(isi hati yang tersirat dimaksudkan ialah memendam rasa suka dan duka dalam kehidupan,bukan mengenai isi hati terhadap 'seseorang').







Apabila menggunakan DIARI.,si pengguna DIARI perlu ada kunci dan simpan di tempat yang selamat sekiranya ia sangat membabitkan mengenai peribadi diri atau apa jua luahan.Apapun sebaik-baik DIARI adalah minda kerana DIARI di minda tidak akan sesekali diketahui sesiapa melainkan ALLAH SWT.:)

Jumaat, 19 Oktober 2012

Sahabat sejatiku sampai mati

Assalamualaikum pembaca blog...
Pasti masing-masing ada sahabat sejati bukan?Namun,tidak semua boleh memiliki sahabat sejati kerana sahabat sejati sukar didapati.

Alhamdulillah saya sudah jumpa sahabat sejati yang saya cari-cari selama ini...Dulu saya selalu mencari-cari sahabat sejati dalam hidup ini sedangkan sahabat sejati itu sendiri ada di samping saya.hehehehe..Dia baik sangat-sangat.Dia sentiasa memahami saya,Dia tempat saya meluahkan perasaaan,Dia selalu memberi semangat ketika saya lemah,Dia tak pernah menyakiti saya,tetapi saya pernah menyakiti Dia.Walaupun begitu Dia tetap tidak berdendam dengan saya.Bahkan Dia bertambah sayang dengan saya.



Terima kasih Ya ALLAH kerana Engkau mengurniakan sahabat sejati seperti Dia yang tiada gantinya.Setelah Engkau mengurniakan Dia dalam hidupku,memang takkan pernah ada gantinya.Kalau ada takkan pernah sama dengan Dia..Betul kata Kak Farah..Kak Farah pernah cakap bahawa permata bayak,tapi setelah jumpa permata yang paling berharga..takkan pernah sama dengan lain walaupun ada yang lebih cantik..
Dia ialah seorang yang saya gelarkan MAMAK..Mak,terima kasih kerana sudi menjadikan saya sahabat mamak walaupun saya pernah TER terhadap mamak...Minta maaf mak..semoga ALLAH sentiasa memurahkan rezeki mamak,dijauhkan dari segala bala bencana,dan dipanjangkan umur..AAMIIN..:')


Khamis, 18 Oktober 2012

Mudah memahami ilmu

  • Mendapat pahala berganda
Tersebut dalam kitab Baidhawi bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda,maksudnya
"Barangsiapa yang mengaji surah al-Alaq necaya diberi dia daripada pahala seolah-olah membaca surah Musafil sekaliannya."

  • Mudah mempelajari ilmu
Barangsiapa membaca dan mengamalkan surah al-Alaq terutama ayat 1-5,nescaya diberi oleh ALLAH ilmu penerang hati dan mudah mempelajari sesuatu ilmu.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ * خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ * اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ * الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ * عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ *
Terjemahan:

1] Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.

2] Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku;

3] Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;

4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;

5] Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.


Memudahkan mendapat ilmu

  • Memudahkan mendapat ilmu pengetahuan
Barangsiapa menbaca Surah Thaha,nescaya ALLAH akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya
  • Mencerdaskan otak dan akal
Barangsiapa membaca ayat 25-28 sebanyak 21 kali tiap-tiap hari selepas solat Subuh,nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.


Terjemahan
"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku."

Isnin, 15 Oktober 2012

Mengapa syiah wajib di tolak?

Assalamualaikum pembaca blog sekalian..Pada hari ini saya ingin berkongsi mengenai sebab2 kita wajib menolak syiah..maklumat ini dipetik daripada rasuldahri.tripod.com

Kertas kerja “Mengapa Syiah Wajib Ditolak” telah dibentang dan dikulliahkan di Masjid Negeri, Negeri Perlis.  Penulis merasakan bahawa masyarakat Islam Perlis amat perihatin tentang isu Syiah. Mereka juga sangat mengharapkan ketampilan para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang dapat menerangkan kepada umat Islam tentang bahaya dan sesatnya akidah serta fahaman Syiah.  Penulis merasa bertanggungjawab memenuhi permintaan mereka setelah diminta memberi kulliah tentang kegiatan Syiah yang sudah lama menyebarkan fahaman mereka di seluruh Malaysia dan kini mula ingin menyebarkannya pula di Negeri Perlis.
Semoga Jabatan Agama Islam Perlis, para iman, ahli jawatan kuasa Masjid Negeri Perlis dan para ulama Perlis sentiasa berusaha menghidupkan kegiatan dakwah Islamiyah dalam usaha menghalang, menggagalkan dan membasmi kegiatan dakwah Syiah di Perlis.  Mudah-mudahan segala usaha suci mereka mendapat keredhaan dan dirahmati Allah Subhanahu wa-Ta’ala.  Amin!! 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اِنَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتِعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ سُرُوْرِ اَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ اَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ .  أمَّا بَعْده:

          Baru-baru ini penulis telah diminta agar memberi penjelasan kepada umat Islam Perlis tentang bahayanya fahaman Syiah terhadap akidah Islamiyah.  Isu ini disuarakan kerana terdapatnya beberapa orang aktivis Syiah yang cuba menyebarkan fahaman Syiah di Negeri Perlis.  Oleh kerana fahaman Syiah ini benar-benar sesat, menyesatkan dan boleh memecah-belahkan umat Islam, maka dengan ‘inayah Allah penulis dengan rasa tanggungjawab dan hati yang ikhlas insya-Allah akan berusaha sedaya mungkin bekerjasama dengan para ulama dan masyarakat Islam untuk sama-sama menyekat dan membenteras fahaman sesat ini supaya tidak tersebar di kalangan umat Islam yang berakidah Ahli Sunnah wal-Jamaah walau di mana saja mereka berada.
            Agar hakikat kesesatan akidah Syiah dapat diketahui dan difahami oleh masyarakat Islam Ahli Sunnah wal-Jamaah, maka penulis menyiapkan kertas kerja tentang penyelewengan dan bahayanya fahaman serta akidah Syiah.  Kertas kerja yang ringkas ini akan dibentangkan sebagai siri kulliah akidah terutamanya di beberapa masjid di sekitar Perlis, Pulau Pinang dan Selangor insya-Allah.
            Semoga Allah membantu kita sekalian menghapuskan fahaman yang sesat ini dari terus merebak  dan sentiasa memelihara akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah, kedaulatan agama, negara, kerajaan, masyarakat dan perpaduan Ummah Islamiyah.  Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Definisi (شِيْعَة) Syiah Dan Tasyayyu' (تَشَيُّع)
            Dari segi etimologis (bahasa), Syiah bererti "Para Pengikut, Penyokong, Pendukung atau Pembela".  Contohnya:  Syiah Ali, bermaksud satu kelompok yang berupa "Penyokong, pendokong atau pembela Ali".  Menurut Terminologi (istilah) syara, Syiah bermaksud "Sesiapa yang mengangkat kepimpinan Ali radiallahu 'anhu dan anak-anaknya".  Dan apabila disebut si Fulan itu Syiah maka dia menganut atau berfahaman Syiah.
            Tasyayyu' (التشيع) pula menurut keterangan Syeikh al-Mufid ialah[1]:
التشيع لغة : هوالاتباع على وجه التدين والولاء للمتبوع علىالاخلاص.
 
"Tasyayyu' menurut etimologi adalah sikap mengikut yang didasari agama dan mengangkat orang yang diikuti dengan ikhlas".[2]
            Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman kalimah syiah dalam erti faktual suatu kelompok atau fahaman belum wujud dan belum terbentuk.  Tetapi kelompok ini lahir ketika terjadinya pertikaian dan peperangan antara Syiah (penyokong) Ali dan Syiah Muawiyah.  Hanya kelompok Syiah di waktu itu kesemua mereka berfahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah. 


Abdullah Bin Saba' (Si Munafik)
            Abdulah bin Saba' adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman.  Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah 'Uthman bin Affan radiallahu 'anhu.  Dialah pereka ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi punca bersemaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri.  Abdullah bin Saba' pernah berkata yang ditujukan kepada Khalifah Ali radiallahu 'anhu:  "Engkaulah Allah".[3]  Maka Ali mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba' tetapi ditegah oleh Ibn Abbas.  Penyokong Ali membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama).
            Abdullah bin Saba' orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait".[4]  Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain pernah memperkatakan tentang Abdullah bin Saba':
"Abdullah bin Saba' mengeluarkan qaul (yang sesat), mengajarkan fahaman yang ghalu (keterlaluan)..... dan perbuatannya sangat melampaui batas".[5]
            Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum Syiah yang lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba'.  Beliau menyebut beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai Saba'iyah.  Menurut beliau lagi bahawa komplot Saba'iyah adalah firqah pertama dalam Islam yang mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan).
Saad bin Abdullah al-Qumy ulama besar Syiah yang masyhur ini telah memastikan bahawa Abdullah bin Saba' adalah orang yang mengeluarkan perkataan dan menampakkan dirinya mengecam dan menentang Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiallahu anhum serta tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka.[6]
            Pegangan Syiah Imamiyah yang ada sekarang adalah berasaskan ideologi dan doktrin sesat Abdullah bin Saba'. Fahaman ini disampaikan (dipelihara) dalam bentuk riwayat hadis yang dinasabkan kepada keluarga Nabi (Ahli Bait) dengan penuh kebohongan tetapi diterima oleh mereka yang jahil.[7]

Syiah Mengkafirkan Para Sahabat
            Agama Syiah mengkafirkan para pembesar sahabat secara umum.  Pengkafiran ini boleh dilihat dalam kitab-kitab besar Syiah yang ditulis oleh ulama mereka, contohnya ialah wasiat para ulama mereka:
1.     Abu Ja'far berkata:
"Semua manusia (kaum muslimin Ahli Sunnah wal-Jamaah) menjadi Ahli Jahiliyah (kafir/murtad setelah kewafatan Rasulullah) kecuali empat orang, Ali, Miqdad, Salman dan Abu Dzar".[8]
2.     Al-Kulaini[9] mensifatkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman telah terkeluar dari kalangan orang yang beriman (murtad/kafir) lantaran tidak melantik Ali sebagai khalifah setelah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam wafat.[10]  Malah al-Kulaini mengkafirkan seluruh penduduk Mekkah dan Madinah.  Menurut Kulaini: 
"Penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah dan penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah dengan terang-terang".[11]
         Al-Kulaini juga menetapkan dalam kitabnya al-Kafi:
"Sesiapa yang tidak beriman kepada Imam Dua Belas maka dia adalah kafir walaupun dia keturunan Ali atau Fatimah".[12]
3.     Al-Majlisi  seorang ulama besar Syiah menegaskan:
“Bahawa mereka (Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman) adalah pencuri yang khianat dan murtad, keluar dari agama, semoga Allah melaknat mereka dan semua orang yang mengikut mereka dalam kejahatan mereka, sama ada orang dahulu atau orang-orang kemudian".[13]
 
Budak Ali bin Husin berkata:
 
"Saya pernah bertanya kepada Ali bin Husin tentang Abu Bakar dan 'Umar.  Maka dia menjawab:  Keduanya kafir dan sesiapa yang mencintainya juga kafir".[14]
4.     Abu Basir (ulama Syiah) menegaskan:
"Sesungguhnya penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah secara terang-terang dan penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah, lebih buruk tujuh puluh kali dari penduduk Mekkah".[15]
            Demikianlah kenyataan, fatwa, kepercayaan, pandangan dan tuduhan jahat para ulama Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah sama ada terhadap ulama atau orang awamnya.


Al-Quran Menurut Syiah
            Menurut kepercayaan penganut Syiah al-Quran yang ada sekarang sudah diubah-suai, ditambah dan dikurangi oleh para sahabat dan tidak asli.  Al-Quran yang asli berada di tangan Ali yang kemudian diwariskan kepada putera-puteranya.  Menurut Syiah lagi bahawa pada masa sekarang ini al-Quran yang asli berada di tangan Imam Mahadi al-Muntazar.
Al-Kusyi pula berkata:
"Tidak sedikitpun isi kandungan di dalam al-Quran (yang digunakan oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah sekarang,  Pent.) yang boleh kita jadikan pegangan".[16]
            Menurut para ulama Syiah:
“Seseorang itu akan dianggap kafir dan masuk neraka kerana tidak mengikut Imam Dua Belas Syiah atau kafir terhadap Syiah”.
Syiah banyak merubah ayat-ayat al-Quran dan tafsirannya.  Contohnya ayat:
مَاسَلَكَكُمْ فِى سَقَرٍ
"Mengapa kamu masuk neraka?"
             (Menurut penafsiran ulama Syiah):
  قَالُوْا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّيْن
"Orang-orang kafir menjawab, Kami tidak solat".
            Ulama Syiah merubah tafsirannya yang sebenarnya kepada maksud dan tafsiran:
"Kami (masuk neraka kerana) tidak mengikut Imam (Syiah)".[17]
            Begitulah kekarutan, khurafat dan batilnya kepercayaan penganut syiah yang telah disepakati oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai akidah yang sesat lagi menyesatkan.


Hadis Menurut Syiah
            Syiah menolak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli Sunnah wal Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya.  Syiah hanya menerima hadis yang diriwayatkan oleh perawi Ahli Bait.  Menurut Syiah hadis bukan semata-mata dari Nabi tetapi dari Imam Dua Belas yang maksum.  Nilai perkataan imam yang maksum senilai dengan wahyu dan sabda nabi.[18]

Syiah Mengkafirkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah
1.     Syiah menggelar golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai Nasibi(نَاصِبِي)  "Penipu, Pembangkang atau penentang Ali bin Abi Talib" kerana mereka mendahulukan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman sebagai khalifah.
         Begitu juga ulama Syiah mengkafirkan pengikut mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi kerana mereka digolongkan sebagai an-Nasibi.  Menurut ulama Syiah lagi:
"Dalam kalangan ulama (Ahli Sunnah) dari Malik, Abi Hanifah, Syafie, Ahmad dan Bukhari semua mereka kafir dan terlaknat".[19]
         Keyakinan Syiah yang sesat ini diambil dari keterangan ulama mereka Syeikh Husin al-'Usfur ad-Darazi al-Bahrani.  Beliau menegaskan:
"Riwayat-riwayat para imam menyebutkan bahawa an-Nasibi (si Kafir) adalah mereka yang digelar Ahli Sunnah wal-Jamaah".[20]
2.     Syiah menganggap seluruh Ahli Sunnah wal-Jamaah kafir yang setara dengan orang-orang kafir musyrikin dan najis.  Berkata Abu Qasim al-Musawi al-Khuri (ulama besar Syiah):
         "Najis ada sepuluh jenis, yang ke sepuluh adalah orang kafir, iaitu yang tidak beragama atau yang beragama bukan Islam atau beragama Islam menolak yang datang dari Islam.  Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara murtad, kafir asli, kafir zimmi, Khawarij yang ghalu atau an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)".[21]
         Berkata Ruhullah al-Musawi (ulama Syiah):
         "Sesungguhnya an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dan Khawarij dilaknati Allah Subhanahu wa-Ta'ala.  Keduanya adalah najis tanpa diragukan lagi".[22]
3.     Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah kerana tidak mengiktiraf (tidak mengimani) Imam Dua Belas.  Berkata Yusuf al-Bahrani (ulama Syiah):
         "Tidak ada perbezaan antara orang yang kafir kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala, RasulNya dan yang kafir kepada para Imam Dua Belas".[23] 
 
         Dan berkata Kamil Sulaiman (ulama Syiah): 
         "Sesiapa yang meyakini para Imam Dua Belas maka dia adalah orang yang beriman dan sesiapa yang mengingkarinya dia adalah kafir".[24]
Syiah menghalalkan darah dan harta Ahli Sunnah.  Berkata Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi, dia meriwayatkan dari Daud bin Farqad:
         "Aku bertanya kepada Abu Abdullah 'alaihis salam:  Bagaimana pendapat engkau membunuh an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)?  Dia menjawab:  Halal darahnya akan tetapi lebih selamat bila engkau sanggup menimpakan dengan tembok atau menenggelamkan (mati lemas) ke dalam air supaya tidak ada buktinya.  Aku bertanya lagi:  Bagaimana dengan hartanya?  Dia menjawab:  Rampas sahaja semampu mungkin".[25]
         Berkata Abu Ja'far ath-Thusi (ulama Syiah): 
        
         "Berkata Abu Abdullah 'alaihis salam (Imam as-Sadiq):  Ambillah harta an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dari jalan apapun kamu mendapatkannya dan berikan kepada kami seperlima".[26]
 
         Yusuf al-Bahrani berkata (ulama Syiah):
         "Dari dahulu sehinggalah sekarang, bahawa an-Nasibi kafir dan najis secara hukum, dibolehkan mengambil segala harta benda mereka bahkan dihalalkan membunuhnya".[27]
            Begitulah sikap golongan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mereka gelar sebagai an-Nasibi.  Mereka bukan sahaja memusuhi Ahli Sunnah malah mengistiharkan bunuh dan rampas harta benda Ahli Sunnah wal-Jamaah.  Dan rampasan tersebut dianggap oleh mereka sebagai ganimah (harta rampasan perang).

Agama Syiah Mewajibkan Taqiyah
            Taqiyah (dissimulation) adalah satu prinsip yang diyakini oleh syiah Imamiyah.  Berpegang kepada taqiyah adalah wajib bagi setiap penganut Syiah.  Ianya adalah satu sikap yang menyembunyikan kebenaran yang (kononnya) jika didedahkan akan membawa kemusnahan diri atau agama seseorang Syiah.[28]  Pada mulanya taqiyah dilakukan kerana takut terjadinya penindasan dari pihak pemerintah.  Tetapi selanjutnya diamalkan untuk menipu, berbohong dan seterusnya untuk menghalalkan sesuatu yang haram atau sebaliknya.
Orang-orang Syiah akan menyamar sebagai Ahli Sunnah secara taqiyyah untuk memerangkap Ahli Sunnah yang kurang faham akan agama mereka.  Tujuannya supaya dapat dirosakkan fahaman, akidah dan amal ibadahnya.
Abu Ja'far berkata:
"Taqiyah adalah agamaku dan agama nenek moyangku.  Dan tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyah".[29]
 
Abdullah berkata:
 
"Wahai Abu 'Umar!  Sesungguhnya sembilan persepuluh dari agama terletak pada taqiyyah, tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah pada segala sesuatu, kecuali arak dan menyapu sepatu".[30]
 
Diriwayatkan dari Ali bin Muhammad:
 
"Wahai Daud!  Sekiranya kamu mengatakan bahawa orang yang meninggalkan taqiyah sama seperti orang yang meninggalkan solat, maka sesungguhnya betullah kata-katamu itu".[31]
          Sebenarnya taqiyyah dalam agama Syiah adalah perbuatan nifak, pembuat nifak adalah seorang munafik.  Tidak ada hadis sahih yang menghalalkan taqiyah sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Syiah.  Si Munafik pula dilaknat Allah dan ditempat di neraka yang paling bawah (kerak neraka), maka Ahli Sunnah wal-Jamaah diharamkan dari bertaqiyah.

Syariat Syiah Yang Menyesatkan
            Syariat Syiah yang sebenar amat bertentangan dengan syariat Ahli Sunnah wal-Jamaah.  Syiah digolongkan oleh Imam Syahrastani di dalam bukunya “Al-Milal Wan-Nihal” dan al-Bagdadi dalam bukunya “Al-Faraq Bain al-Firaq” segabai golongan 72 yang ke neraka, kerana penganut Syiah selain mengkafirkan Amirul Mukminin Abu Bakar, ‘Umar al-Khatab, Uthman radiallahu anhum dan para sahabat yang lain, mereka juga lebih meyakini syariat Daud 'alaihis salam  daripada syariat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam.  Abu Ja'far berkata:
"Apabila Imam ghaib (Imam Mahdi) datang, ia akan memerintah dengan hukum syariat Daud (bukan syariat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, pent)".[32]


Nikah Mut'ah
            Syiah menghalalkan nikah mut'ah seberapa banyak, beberapa kali yang diinginkan dan yang semampu.  Mereka menghalalkan nikah mut'ah sehingga ke Hari Kiamat.  Sebaliknya Ahli Sunnah wal-Jamaah telah mengharamkan nikah mut'ah sehinggalah ke Hari Kiamat.  Antara hadis (hadis-hadis sahih) dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang mengharamkan nikah mut’ah ialah:
عَنْ عَلِيِّ اَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ نِكَاحِ الْمُتْعَةِ يَوْمَ خَيْبَرَ وَعَنْ لُحُوْمِ الْحُمُرِ اْلاَهْلِيَّةِ.
 
"Dari Ali (Bin Abi Talib):  Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'alaihi wa-sallam telah melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan baginda mengharamkan makan daging keldai kampung".[33]
 
اَنَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى يَوْمِ الْفَتْحِ عَنْ مُتْعَةِ النِّسَاءِ.
 
"Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam melarang nikah mut'ah pada hari futuh (pembukaan) Mekkah".[34]
            Antara tanda-tanda penganut agama Syiah ialah menghalalkan nikah mut’ah walaupun telah diharamkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.  Golongan Syiah telah menyelewengkan hadis-hadis sahih yang mengharamkan mut’ah.  Oleh itu, orang-orang beriman yang mengakui sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah perlu membenteras fahaman dan ajaran Syiah kerana Syiah adalah golongan yang sesat lagi menyesatkan.

RUKUN IMAN AGAMA SYIAH
            Rukun iman Agama Syiah berbeza dengan rukum iman Ahli Sunnah wal-Jamaah, kerana rukun iman Syiah hanya lima perkara, iaitu:
1.     Beriman kepada keEsaan Allah    -             (التوحيد)
2.     Beriman kepada Keadilan         -                  (العدل)
3.     Beriman kepada Kenabian      -                    (النبوة)
4.     Beriman kepada Imam          -                       (الامانة)
5.     Beriman kepada Hari Kiamat    -                 (المعاه)
            Imam Malik secara terang-terangan telah mengkafirkan golongan Syiah kerana golongan ini membenci para sahabat Nabi dan sesiapa yang membenci sahabat Nabi adalah kafir.  Hal ini telah disepakati oleh sebahagian besar ulama.[35]
Imam Malik rahimahullah juga pernah menjelaskan tentang Syiah:
"Mereka (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan pembohong".[36]
 
Imam Syafie rahimahullah pula berwasiat:
 
"Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah".[37]
             Begitulah fatwa-fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah terhadap golongan Syiah.  Tidak terdapat seorangpun dari kalangan mereka yang menerima Syiah sama ada fahaman atau akidah mereka.  Oleh itu, berwaspadalah terhadap gerakan, doktrin dan di’ayah Siyah, kerana pada hakikatnya mereka adalah pembohong yang hanya mengajak kepada kesesatan, pecah-belah dan kehancuran umat Islam.  Wallahua’lam.  Walhamdulillahi rabbil ‘alamin.