IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Khamis, 23 Ogos 2012

Salam lebaran & merdeka raya buat sahabat ku hidayah meswan dan selamat ulangtahun serta

Assalamualaikum pembaca blog terutama sekali buat Hidayah Meswan..Indak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir & batin juga Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke-19.Pada masa yang sama,birthday hida jatuh pada hari merdeka.untungnyeeee..hehehehe,indak ada baca kat post FB tentang hida nak indak lukis potret hida birthday nanti..kan?INSYAALLAH nanti indak balik dari johor indak cuba lukiskan potret untuk hida..Tak lama lagi hida & kawan-kawan yang lain da nak sambung belajar.Jaga diri tau di perantauan.Pilih lah kawan yang boleh membawa hida ke arah kebaikan.Jauhi kawan yang boleh mengundang kemungkaran.Tapi jangan pula bermusuh-musuhan.Cuma indak berpesan berkawan tu pandai-pandailah jaga diri.Hati-hati....Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi terutama sekali perempuan.Oklah hida..Ada rezeki kita berjumpa..:)

Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat sampai ke kampung!

Assalamualaikum pembaca blog sekalian,Alhamdulillah..Spirit of syawal menjelma lagi!bersyukur yang tak terhingga kepada Ilahi dengan nikmat yang telah dilimpahkan.
Pada hari ini,saya dan keluarga selamat sampai ke destinasi.Seperti mana yang telah dirancang,semuanya telah tertunai pun..
Sejam selepas solat raya,saya dan keluarga memulakan perjalanan ke kuantan-pekan-rompin-mersing-kota tinggi-ulu tiram.Perjalanan mengambil masa selama 6jam.Alhamdulillah pukul 5 ptg sampai.
Kedatangan kami disambut meriah oleh adik beradik ayah dan sepupu sepapat yang lain..

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin













Ahad, 12 Ogos 2012

kuih raya untuk menyambut kedatangan syawal

Assalamualaikum pembaca blog..Raya da dekat!!
saya ingin berkongsi sedikit mengenai jenis-jenis kuih raya yang menjadi pilihan keluarga.Setiap tahun syawal menjelang sudah pastinya hidangan kuih raya di ruang tamu adalah yang utama.Kebanyakan kuih raya dibeli daripada dibuat.Bagi saya,tak bes buat,baik beli je kat luar..hehehe,Macam2 ada..Tapi tu pun tak semua rupa yang cantik sedap2..Beli yang dah pernah makan...
batang buruk

semperit

coklat



almond london

puteri salju

tart nenas
Hidangan yang lain juga ada..tapi yang ni je saya post..hehehe,klu nk thu mai la beraya g rmah nnt..tpi raya ke-7 la mai sebab saya blik kampung.....


Ahad, 5 Ogos 2012

Warna melambangkan watak seseorang

Assalamualaikum pembaca blogku..Pada hari ini ingin saya kongsikan mengenai watak-watak seseorang berdasarkan warna yang diminatinya tidak kira warna pakaian,tempat tinggal,kenderaan,hiasan dalaman dsb.
Setiap orang pasti mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai berbanding warna-warna lain.Dari situlah kita boleh lihat watak seseorang berdasarkan warna pilihan kegemarannya.Walaubagaimanapun,kebenaran mengenai hal ini WALLAHUALAM,saya sekadar membuat perkongsian.


WARNA BIRU GELAP


  • Seorang yang pemurung,selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam semua hal
  • Selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan
  • Dalam percintaan anda pintar menyembunyikan perasaan

WARNA BIRU CERAH


  • Seorang yang ceria,cergas dan positif dalam segala hal
  • memberi ketenangan dan ketenteraman
  • Mampu menghadapi kesulitan dalam pergaulan
  • Dalam percintaan anda pintar menyembunyikan perasaan
WARNA HIJAU
  • Seorang yang romantik,menyukai keindahan
  • Menyenangi alam dengan udara yang sejuk dan nyaman
  • Seorang yang selalu memegang prinsip hidup
  • Dalam percintaan,anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai
WARNA KUNING
  • Seorang yang bersifat optimistik
  • Seorang yang periang,mudah bergaul,dan lemah dalam penampilan
  • Menjadikan sifat tolong-menolong suatu kewajipan mutlak bagi anda
  • Tidak pernah meremehkan sesiapa walaupun seseorang itu lemah atau dungu
WARNA UNGU


  • Seorang yang luar biasa kerana dalam menghadapi masa depan,anda tidak pernah ragu-ragu
  • Sentiasa melakukan kerja dengan terbaik
  • Pandai menyesuaikan diri dengan perkembangan zaman
  • Dalam bercinta,hanya mereka yang kuat mental sahaja yang dapat mendekati dan menjadi kekasih anda
WARNA PUTIH


  • Seorang yang cukup sempurna
  • Banyak orang mengakagumi anda kerana sifat anggun,idealis dan moralis anda yang tinggi
  • Tidak pernah angkuh dan senang menolong sesiapa sahaja yang memerlukan
WARNA HITAM


  • Seorang yang sangat lincah dan tangkas dalam hal tertentu sahaja
  • Mudah menjadi pasif dan murung apabila berada dalam lingkungan yang tidak disukai
  • Selalu tampil menarik dan rapi
  • Dalam percintaan,ramai yang berusaha mengejar dan merebut cinta anda kerana anda seorang yang berhati-hati dalam memberi cinta
WARNA MERAH


  • Seorang yang sangat berwibawa dan senang membantu teman yang lemah
  • Anda dapat menahan diri(tidak mudah keterlanjuran) dalam bergaul dan bergurau
  • Selalu berfikir panjang dalam menimbang kesan baik dan buruk dalam cinta
  • Walaupun anda romantik,anda juga garang dan kasar
  • Termasuk jenis yang sulit jatuh cinta
  • Bila anda jatuh cinta,anda setia,tetapi umumnya kurang setia kecuali ada kepentingan
  • Kurang menghadapi kesulitan kerana anda tangkas
  • Kehidupan anda sederhana dan tidak semua impian anda tercapai,tetapi anda menerima seadanya


Sabtu, 4 Ogos 2012

resepi macaroni chicken salad

Assalamualaikum pembaca blog hari,di sini saya ingin berkongsi satu resepi keluarga dari Sabah.Sekiranya belum pernah mencuba,selamat mencuba!Bagi mereka yang baru sahaja mencuba resepi ini,mereka disarankan supaya mengambil kuantiti sedikit demi sedikit kerana makanan ini cepat mual tetapi cepat  tercari-cari sebab sedaaapp!

Bahan-bahan:

1 bungkus          Macaroni elbow
1 bekas besar    Mayonis lady's choice
1 tin kecil           Susu pekat
Setengah cawan Susu cair
1 tin                   Fruit coctail 
1 tin                  Tuna delight
Separuh Ayam(bahagian dada)
2 kotak kecik    Kismis hitam
2 biji                 Epal merah
6 slices             Cheese(dicincang halus)
1 batang           Carrot(dicincang halus)
1 biji                 Bawang besar(dicincang halus)
secubit              Garam dan Lada sulah

Cara membuat:
  • Rebus macaroni selama 18 minit dicampur sedikit minyak masak agar tak melekat,kemudian toskan dan dibiar sejuk
  • Rebus ayam
  • Sementara menunggu ayam direbus,masukkan semua bahan bersama macaroni yang telah sejuk tadi kecuali garam dan lada sulah 
  • Gaul sampai sebati
  • Akhir sekali masukkan lada sulah dan garam dan gaul lagi
PERINGATAN!
Ayam yang direbus tadi dicarik-carik halus





Rabu, 1 Ogos 2012

Jenaka sebagai ibadah

Assalamualaikum pembaca blog
Selamat menunaikan ibadah sahut dan ibadah puasa..:),mudah-mudahan di bulan yang mulia ini ibadah banyak dilakukan bagi mengumpul pahala semaksima mungkin..
Dalam kehidupan seharian,wujudkan gurauan senda kerana ia akan menyegarkan fikiran,merangsang perhatian dan menyemai kasih sayang yang berpanjangan.Baca sampai habis tau kat bawah ni,,harap pembaca terhibur,merenung sejenak dan mengambil iktibar berdasarkan kisah di bawah ini..




Dalam situasi majlis ilmu,seorang penceramah bertanya kepada pendengar beberapa soalan

  • "Apakah ada kebarangkalian semua yang kita rancang itu takkan berlaku?"Saya bertanya.Paara peserta mengangguk.
  • "Apakah semua yang berada di universiti pasti mendapat segulung ijazah yang dikejar?"Saya bertanya lagi.Para peserta menggelengkan kepala lagi.
  • "Apakah semua yang bekerja berjaya berkahwin?"Saya ,menambah soalan."InsyaAllah!InsyaAllah!"Jawab peserta sambil sebahagiannya ketawa manakala sebahagian lagi tersenyum.
  • "Apakah semua yang berkahwin pasti mendapat anak?"Saya menyoal lagi.Mereka menidakkannya dengan menggeleng-geleng kepala.
  • "Apakah semua yang sudah beranak sempat tua?"Saya belum selesai menyoal."Benar sekali."Semua yang dirancang itu mungkin berlaku mungkin tak berlaku."Hanya satu sahaja yang pasti terjadi."Bersedia,ia akan datang."Tidak bersedia pun ia akan datang."Berfikir mengenainya dia hadir."Tidak mempedulikannya pun ia akan hadir."Itulah MATI."Jadi,yang sebenar-benarnya ialah saya patut memanggil anda semua sebagai 'WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH sekalian',betul tak?Peserta tersentak.Mereka ketawa."Kalau saya panggil wahai bakal Datuk,mungkin tak jadi datuk."kalau saya panggil wahai Puan Seri,mungkin tak jadi Puan Seri."Apa yang betulnya ialah dengan memanggil anda sebagai 'WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH sekalian'.betul tak?"Saya menyoal.
Peserta ketawa tapi hanya untuk sesaat.Kemudian wajah mereka berubah.Memberi satu pukulan maut ketika manusia sedang ketawa amat besar kesannya.bukan mentertawakan sesiapa,tetapi mentertawakan diri sendiri.Diri sendiri yang terlupa akan hakikat sejelas itu.
Pendekatan itu mengingatkan saya kepada sesuatu yang saya pelajari daripada Edward De bono.Beliau menghuraikan di dalam bukunya 'i am right.you are wrong' bahawa minda itu adalah seumpama sebuah mesin yang menyesuai kenalkan pelbagai corak.Fungsinya berupa proses mengenalpasti cerita dan tindak-tanduk,kemudian meletakkan mereka ke corak-corak yang biasa.Apabila corak yang biasa itu terganggu,dan hubungan alternatif yang baru terbentuk di dalam otak melalui jaringan yang lain,maka ketawa akan muncul kerana hubungan yang baru itu terbentuk.
Ini adalah penjelasan yang baik tentang seni lawak dan ketawa.Kita menekuni sesuatu,tiba-tiba di hujungnya berubah kepada sesuatu yang di luar jangkaan.Hal ini lah mencetuskan ketawa.


Keindahan Islam


"Tak baik gelak-gelak.Tak tsiqah!"Kta seorang naqibah kepada anak buahnya.Pelajar-pelajar baru itu terdiam.Benarkah begitu?Berhati keras,bermasam muka,tidak bergurau,tidak faham gurauan dan miskin senyuman apatahlagi ketawa merupakan awatak yang jauh daripada keperibadian Nabi SAW.Walaubagaimanapun,bergurau senda dan ketawa yang berlebihan,tidak kena ruang dan masa di cela oleh Nabi SAW.Bergurau sendalah dengan isteri ,anak-anak,dalam kehidupan seharian,dan bergurau sendalah dengan mad'u di dalam dakwah.Ia pasti menyegarkan fikiran,merangsang perhatian dan menyemai kasih sayang yang berpanjangan.Bersederhanalah!Indahnya Islam kerana semuanya tepat pada sebuah kesederhanaan.