IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Isnin, 19 Jun 2017

Konvokesyen Tadika Maktabah Ilmiah 2016

Assalamualaikum semua pembaca blog,

Alhamdulillah hari semakin hari, masa cepat berlalu, kesibukan tak usah kata, banyak yang belum up to date.. Apapun, untuk menghiasi post kali ini, saya ingin berkongsi tentang pengalaman persediaan konvo secara mental dan fizikal hingga lah ke saat konvo tadika (27hb Nov 2016)..



Tema Budak Perempuan Dress Biru

Apa yang dilihat di gambar sebenarnya bukan mudah nak prepare budak-budak tadika ke arah konvokesyen. Sebab apa? Pemilihan dalam pencapaian akademik sangat sengit di kalangan mereka. Ada yang naik turun, ada yang maintain dan ada juga yang mula menunjukkan sikap sosial setelah berbulan-bulan 'asingkan' diri. Ini Panjang juga ceritanya kalau dikongsi. Tak apalah balik semula kepada persediaan konvo. Kami tenaga pengajar membahagi tugas untuk perhiasan pentas, latihan persembahan (bahagian saya), tema pakaian, dan persediaan sijil dan hadiah. Ahaa, bab konvo ni, bukan semata-semata hari penyampaian anugerah tetapi hari menyambut bahagia budak-budak tadika sebelum cuti sekolah atau boleh dikatakan majlis perpisahan akhir tahun.

Sambutan ini diceriakan dengan persembahan-persembahan comel daripada semua murid. Tidak ada terkecuali pun. Semua murid terdidik dengan self-confidence yang tinggi menerusi pementasan di tadika. Pasal pentas ni, bukan semua budak berani dengan pentas kerana hanya yang self-confidence yang tinggi sahaja boleh naik pentas (muka sporting dan selamba).
Alhamdulillah, semua berjaya membina keyakinan diri di khayalak ramai semasa Hari Konvokesyen TMI.

Persembahan 4 & 5 Tahun
Sketsa Nyanyian Rama-rama
Persembahan Nasyid 6 tahun
Budak-budak kalau bab menari dan menyanyi ni memang suka. Bahkan request buat lagi dan lagi sebab terlalu suka dengan persembahan yang dibuat (semasa latihan). Cikgunya pula jenis yang melayaaaan.. Ok jeeee.... Budak pun happy!



Semuanya tinggal kenangan.. Disebabkan banyak kenangan manis tercipta sepanjang latihan dan protokol konvo, ada parents murid wassap anak dia menangis rindukan cikgu dan ada juga yang tanya mak dia : "Mak, hari ni kan hari Selasa, adik tak sekolah lagi ke kat Ibu Miah?" (Owner tadika) Lama lagi ke Cuti ?" Ayat ini sangat menyentuh perasaan kerana betapa gembiranya mereka dengan memori yang tercipta di saat-saat penghujung persekolahan sehingga tidak menghiraukan cuti sekolah. Biasanya kalau bab cuti budak suka je. Tetapi ada juga yang mencari-cari suasana tadika.

Berikut adalah nodel-model murid tadika di Hari Konvo tahun lepas.....


Amboi, Qis siap pegang pinggang tuuu!