IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Sabtu, 4 Ogos 2012

resepi macaroni chicken salad

Assalamualaikum pembaca blog hari,di sini saya ingin berkongsi satu resepi keluarga dari Sabah.Sekiranya belum pernah mencuba,selamat mencuba!Bagi mereka yang baru sahaja mencuba resepi ini,mereka disarankan supaya mengambil kuantiti sedikit demi sedikit kerana makanan ini cepat mual tetapi cepat  tercari-cari sebab sedaaapp!

Bahan-bahan:

1 bungkus          Macaroni elbow
1 bekas besar    Mayonis lady's choice
1 tin kecil           Susu pekat
Setengah cawan Susu cair
1 tin                   Fruit coctail 
1 tin                  Tuna delight
Separuh Ayam(bahagian dada)
2 kotak kecik    Kismis hitam
2 biji                 Epal merah
6 slices             Cheese(dicincang halus)
1 batang           Carrot(dicincang halus)
1 biji                 Bawang besar(dicincang halus)
secubit              Garam dan Lada sulah

Cara membuat:
  • Rebus macaroni selama 18 minit dicampur sedikit minyak masak agar tak melekat,kemudian toskan dan dibiar sejuk
  • Rebus ayam
  • Sementara menunggu ayam direbus,masukkan semua bahan bersama macaroni yang telah sejuk tadi kecuali garam dan lada sulah 
  • Gaul sampai sebati
  • Akhir sekali masukkan lada sulah dan garam dan gaul lagi
PERINGATAN!
Ayam yang direbus tadi dicarik-carik halus





4 ulasan: