IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Rabu, 1 Ogos 2012

Jenaka sebagai ibadah

Assalamualaikum pembaca blog
Selamat menunaikan ibadah sahut dan ibadah puasa..:),mudah-mudahan di bulan yang mulia ini ibadah banyak dilakukan bagi mengumpul pahala semaksima mungkin..
Dalam kehidupan seharian,wujudkan gurauan senda kerana ia akan menyegarkan fikiran,merangsang perhatian dan menyemai kasih sayang yang berpanjangan.Baca sampai habis tau kat bawah ni,,harap pembaca terhibur,merenung sejenak dan mengambil iktibar berdasarkan kisah di bawah ini..




Dalam situasi majlis ilmu,seorang penceramah bertanya kepada pendengar beberapa soalan

  • "Apakah ada kebarangkalian semua yang kita rancang itu takkan berlaku?"Saya bertanya.Paara peserta mengangguk.
  • "Apakah semua yang berada di universiti pasti mendapat segulung ijazah yang dikejar?"Saya bertanya lagi.Para peserta menggelengkan kepala lagi.
  • "Apakah semua yang bekerja berjaya berkahwin?"Saya ,menambah soalan."InsyaAllah!InsyaAllah!"Jawab peserta sambil sebahagiannya ketawa manakala sebahagian lagi tersenyum.
  • "Apakah semua yang berkahwin pasti mendapat anak?"Saya menyoal lagi.Mereka menidakkannya dengan menggeleng-geleng kepala.
  • "Apakah semua yang sudah beranak sempat tua?"Saya belum selesai menyoal."Benar sekali."Semua yang dirancang itu mungkin berlaku mungkin tak berlaku."Hanya satu sahaja yang pasti terjadi."Bersedia,ia akan datang."Tidak bersedia pun ia akan datang."Berfikir mengenainya dia hadir."Tidak mempedulikannya pun ia akan hadir."Itulah MATI."Jadi,yang sebenar-benarnya ialah saya patut memanggil anda semua sebagai 'WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH sekalian',betul tak?Peserta tersentak.Mereka ketawa."Kalau saya panggil wahai bakal Datuk,mungkin tak jadi datuk."kalau saya panggil wahai Puan Seri,mungkin tak jadi Puan Seri."Apa yang betulnya ialah dengan memanggil anda sebagai 'WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH sekalian'.betul tak?"Saya menyoal.
Peserta ketawa tapi hanya untuk sesaat.Kemudian wajah mereka berubah.Memberi satu pukulan maut ketika manusia sedang ketawa amat besar kesannya.bukan mentertawakan sesiapa,tetapi mentertawakan diri sendiri.Diri sendiri yang terlupa akan hakikat sejelas itu.
Pendekatan itu mengingatkan saya kepada sesuatu yang saya pelajari daripada Edward De bono.Beliau menghuraikan di dalam bukunya 'i am right.you are wrong' bahawa minda itu adalah seumpama sebuah mesin yang menyesuai kenalkan pelbagai corak.Fungsinya berupa proses mengenalpasti cerita dan tindak-tanduk,kemudian meletakkan mereka ke corak-corak yang biasa.Apabila corak yang biasa itu terganggu,dan hubungan alternatif yang baru terbentuk di dalam otak melalui jaringan yang lain,maka ketawa akan muncul kerana hubungan yang baru itu terbentuk.
Ini adalah penjelasan yang baik tentang seni lawak dan ketawa.Kita menekuni sesuatu,tiba-tiba di hujungnya berubah kepada sesuatu yang di luar jangkaan.Hal ini lah mencetuskan ketawa.


Keindahan Islam


"Tak baik gelak-gelak.Tak tsiqah!"Kta seorang naqibah kepada anak buahnya.Pelajar-pelajar baru itu terdiam.Benarkah begitu?Berhati keras,bermasam muka,tidak bergurau,tidak faham gurauan dan miskin senyuman apatahlagi ketawa merupakan awatak yang jauh daripada keperibadian Nabi SAW.Walaubagaimanapun,bergurau senda dan ketawa yang berlebihan,tidak kena ruang dan masa di cela oleh Nabi SAW.Bergurau sendalah dengan isteri ,anak-anak,dalam kehidupan seharian,dan bergurau sendalah dengan mad'u di dalam dakwah.Ia pasti menyegarkan fikiran,merangsang perhatian dan menyemai kasih sayang yang berpanjangan.Bersederhanalah!Indahnya Islam kerana semuanya tepat pada sebuah kesederhanaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan