IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Isnin, 2 Julai 2012

produk kecantikan dan kesihatan yang saya guna

Assalamualaikum saya ucapkan..have a nice day!
Saya ingin berkongsi maklumat mengenai penggunaan produk-produk kecantikan dan kesihatan yang saya guna.Produk kecantikan terbahagi kepada 3 iaitu produk kecantikan untuk wajah,rambut, dan badan,manakala produk kesihatan pula diguna untuk dalaman.

Penggunaan produk kecantikan untuk wajah,saya menggunakan nano white awakening snow wash cleanser dan refining treatment toner.Kelebihan yang ada pada produk ini ialah cepat memutihkan kulit secara semula jadi dengan adanya teknologi nano tanpa ada bahan kimia.Selain itu,ia sangat sesuai dengan kulit saya yang berminyak dan berbintik putih dan hitam.

refining treatment toner

awakening snow wash cleanser


Selain itu,saya turut menggunakan loose power yang mengandungi pelindung UV,iaitu ronasutra mineral makeup.Ia sangat sesuai kepada mereka yang mempunyai banyak masalah wajah seperti jeragat,jerawat,parut,kulit berminyak,lesu dsg.Produk ini tiada tarikh luput,boleh dibawa solat,dan ihram,sesuai untuk semua peringkat umur,maknanya kanak-kanak turut boleh memakai produk ini tanpa ragu-ragu kerana kandungannya yang neutral dan tanpa bahan kimia.
Seterusnya saya pergi ke segmen penjagaan rambut pula.Dalam banyak-banyak syampu,saya lebih sesuai memakai herbal essences rapsberry kerana kandungannya yang sesuai untuk rambut yang panjang,kasar dan hujung bercabang.Bukan itu sahaja,syampu ini mempunyai haruman yang sangat memikat dan tahan berjam-jam(bagi saya la).


Manakala dari segi penjagaan kulit,saya menggunakan mandian shurah dan losyen skin so soft,(avon).Kedua-dua produk ini melembut,melembab dan memutih kulit secara efektif.Paling penting sekali ialah penggunaan losyen.Hal ini demikian kerana kulit  memerlukan lembapan extra untuk mengelakkan ia kering dan kusam.Selain itu..kulit yang sangat sensitif dengan UV dan persekitaran juga sesuai memakai losyen ini kerana patinya yang pekat membolehkan ia terus dilindungi selama 12 jam.Cubalah!



Akhir sekali saya akan berkongsi pula mengenai penggunaan produk kesihatan yang saya amakan sejak tingkatan 6 bawah.Sebelum itu,saya ingin memberitahu sedikit masalah kesihatan yang saya alami.Pertamanya saya mengalami masalah mata,mata saya sensitif dengan silau di samping mata saya kelihatan letih dan kuyu.Jadi,boleh dikatakan saya ini pemakai cermin mata sejak di tingkatan 5.Oleh sebab itu,saya mencari satu produk dalaman untuk kesihatan mata.Suatu hari,saya menonton iklan innershine berry beautiful eye yang menyatakan bahawa terdapat 7 jenis berry dicampuraduk untuk semua masalah mata di samping dapat menyihatkan mata.Apa lagi?mak pun mengesyorkan saya untuk mencuba produk berkenaan.Selama 3 bulan saya berturut-turut mengamalkannya.Alhamdulillah ada perubahan.Selain itu,saya juga mengamalkan innershine pati prun untuk wajah berseri dan kesihatan dalaman.

Sebagai tambahan,saya ada satu lagi rahsia mengenai produk kecantikan iaitu penjagaan bibir agar kelihatan sihat semulajadi dan lembab.Banyak pelembab bibir di pasaran yang kurang sesuai dengan bibir kita.Tambahan pula,bibir yang sensitif sangat terhad untuk memakai apa-apa pelembab dan lipstik.Usah risau lagi,kini lipstik kolagen d'herbs dapat mengatasi semua masalah bibir.Hal ini demikian kerana lipstik ini mengandungi kolagen yang mampu mengatasi bibir mengelupas,pecah,kering,kusam,gelap akibat merokok atau faktor keturunan.Saya mempunyai masalah bibir mengelupas ,berbintik hitam dan sedikit gelap kalau memakai pelembab bibir biasa.Jadi,saya mula mengamalkan produk ini 2 bulan yang lalu,Alhamdulillah ada perubahan,bibir saya jadi lebih sihat iaitu kemerah-merahan,tidak mengelupas dan bintik-bintik hitam berkurang.Lipstik ini akan berubah warna apabila dipakai mengikut suhu dan darah kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan