KESALAHAN-KESALAHAN YANG DISANGKA KECIL:
Di dalam kertas ujian yang dipegang oleh penguji tersedia 20 kotak. Setiap kali betul, kotak itu akan ditanda. Contoh kesalahan kecil yang menyebabkan ditolak 1 markah untuk 1 kesalahan:
1. Tidak menguji lampu isyarat dan pengelap cermin berfungsi atau tidak.
2. Berhenti di simpang tiga dan tarik brek tangan serta bebaskan gear tetapi kaki anda tidak menekan pedal brek semasa menunggu.
3. Tidak membetulkan cermin sisi dan pandang belakang.
Elakkan sama-sekali kesalahan-kesalahan yang disangka kecil itu. Sebelum memulakan ujian, sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, 10 perkara ini mesti dilakukan mengikut urutannya:
1. Betulkan/selaraskan tempat duduk
2. Betulkan/selaraskan cermin sisi kanan
3. Betulkan /selaraskan cermin pandang belakang (cermin tengah)
4. Betulkan/selaraskan cermin sisi kiri
5. Pakai tali pinggang keledar (mandatori)
6. Signal kanan
7. Signal kiri
8. Signal kanan kiri serentak (depan stereng)
9. Lampu depan
10. Pengelap cermin
CONTOH KESALAHAN-KESALAHAN MANDATORI PENYEBAB UTAMA GAGAL:
1. Tidak menarik hand-brake dan bebaskan gear (free gear) ketika berhenti di simpang tiga.
2. Terus memandu semasa lampu isyarat menunjukkan warna merah.
3. Memandu melebihi 60km sejam.
4. Menukar lorong tergesa-gesa dan membahayakan.
5. Melanggar garisan pembahagi di tengah-tengah jalan.
6. Terlupa memberi isyarat semasa hendak membelok dan memotong.
7. Tidak berhenti di simpang tiga atau berhenti tetapi di atas atau terlebih garisan berhenti.
dipetik daripada lulusdanpandu.com
BalasPadam