IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Rabu, 4 Julai 2012

Kereta idaman saya

Assalamualaikum pembaca blogku..Sudah menjadi kegemaran saya menaip-naip sesuatu pada blog ini.Boleh dikatakan menjadi hobi baru buat saya.hehehe.Laman blogspot lebih seronok berbanding FB bagi saya.
Oklah,saya akan meneruskan post saya mengenai kereta idaman saya nanti.Dalam banyak-banyak kereta,kereta saga keluaran baru ini sangat menarik di mata saya kerana bentuknya yang sesuai untuk wanita dan remaja perempuan untuk membawanya.Di samping itu,saya sangat suka saga yang berwarna  metalic silver.



Dengan warna sebegini,saya boleh menghiaskan badannya dengan wall paper ros merah di keempat-empat bahagian pintu kereta.Simbol ros yang saya gunakan adalah untuk melambangkan kereta ini kepunyaan seorang wanita yang sangat menggemarkan ros.Bukan itu sahaja,bahagian dalaman turut saya hiasi dengan bunga ros,bantal hiasan,teddy bear,wangian,ayat-ayat AQ,alas tempat duduk,mini dustbin,gula-gula dsg.Hehehe,apa-apa pun saya sekadar merancang dahulu.InsyaAllah kalau diizinkan saya akan buat seperti mana yang telah dirancang.


Selain itu,terdapat beberapa kelebihan yang ada pada saga ini yang membuatkan saya terpegun iaitu ruang keselesaan pemanduan dan keselamatan sampingan seperti air bag bagi mengelakkan kecederaan yang serius.Hal ini penting bagi saya untuk memastikan saya sentiasa selesa memandu walaupun dalam keadaan hingar bingar serta menjamin keselamatan saya di jalan raya.Saya juga akan memilih pemanduan jenis manual berbanding dengan auto kerana keluarga tidak menyokong saya memilih auto.Lagi pun,servis kereta manual lebih mudah dan murah berbanding dengan auto kerana sistem penyenggelaraannya agak susah.




Selain itu,enjin kereta saga ini juga sangat cantik dan tip top!Modelnya yang telah dinaiktaraf  membolehkan ia setanding dengan kenderaan mewah yang lain.



Akhir sekali kelebihan kereta ini ialah bahagian bonet dan tempat duduk belakang yang luas disertai dengan tali pinggang keselamatan.Saya sebagai pemandu turut mengutamakan keselesaan penumpang dan keselamatannya.Oleh hal yang demikian,saya memilih kereta ini kerana postur tempat duduknya yang sesuai dan selesa untuk tulang belakang bagi mengelakkan cepat lenguh dan sengal terutama sekali semasa berperjalanan jauh dan selamat daripada kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.Di samping itu,bonet yang luas juga boleh memuatkan barangan besar seperti bagasi dan barangan yang lain.







Ha?macamana?ok kan?apa pun saya sekadar berkongsi.Bagi mereka yang rasa macam biasa je tgk,terpulanglah k..Setiap orang lain-lain citarasa dan keinginan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan