Assalamualaikum dan selamat malam semua..
Saya ingin berkongsi pengalaman mistik yang dialami di Ulu Tiram johor.Saya suka bercerita mengenai ini pada waktu malam di mana semua sudah beres solat ishak.Saya takkan bercerita kepada mereka yang belum solat.Nak tahu kenapa?Takut-takut nanti apa yang saya cerita dia boleh nampak.Wallahualam..Sebenarnya.seseorang yang dapat melihat ITU,berdasarkan amalannya.Kata orang,sekiranya dia boleh nampak ITU,bermakna ada negatif yang melekat dalam diri hinggakan ITU berani menunjukkan dirinya kepada manusia.
Perkara ini berlaku semasa saya berusia 14 tahun di kediaman jiran di ulu tiram, johor.Kawasan tersebut dikelilingi dengan ladang kelapa sawit dan hutan tebal.Kalau anda nak tahu,semasa saya tingkatan 2,saya kurang menjaga solat.Oleh sebab itu,saya boleh ternampak ITU di kediaman tersebut.Ceritanya macam ini,memandangkan saya lusa akan balik kemaman,jiran saya,ulfa meminta agar saya tidur di rumahnya sebelum balik.Oleh sebab permintaannya,saya pun tidur di rumahnya bersama-sama dengan mak saudara sekali.Sebelum itu,saya dan mak saudara balik mengambil pakaian di rumah nenek yang tak jauh dari situ,masa tu da senja nak masuk maghrib.
Selepas itu,saya dan mak saudara pergi ke kediaman ulfa,sepanjang perjalanan perasaan memang sedikit kelainan,tapi buat tak tahu je,lagi pun ada mak saudara.
Sebelum ishak,mak ulfa menyuruh saya berwudhu untuk solat ishak berjemaah.Ulfa meminta saya berwudhu dulu di bilik air.Selepas saja masuk bilik air,saya melihat satu kelibat hitam dan berekor panjang dalam bayang-bayang air di permukaan lantai yang basah melintas di atas kepala saya dan menembusi dinding.Apa lagi,saya bingkas bangun dengan perasaan yang tak terkata,badan terketar-ketar,da la masa tu saya belum hafal 100% ayatulkursi .Tapi baca je apa yang terlintas di fikiran.Selepas keluar dari tandas,kakak ulfa berkerut kening melihat wajah saya yang pucat dengan mata terbeliak.Akak tu pun tanya kenapa ni?sebelum saya menjawab,saya bertanya mana ulfa?akak jawab ada kat belakang.Akak tanya lgi kenapa ni?macam tak kena je.Saya pun menjawab secara spontan bahawa ada kelibat hitam melintas di atas kepala dalam bilik air tadi.Kebetulan pula ulfa masa tu nak tahu sangat apa yang saya cerita.Tapi saya takut ulfa jadi lemah semangat.Namun,disebabkan dia mendesak,saya terpaksa cerita,itu pun selepas cerita mimik muka ulfa berubah jadi takut.Tambahan pula,mak ulfa menyuruh dia mandi,selepas mendengar cerita tadi ulfa tak nak saya ke mana-mana,hampir semua tempat di sudut rumah ulfa minta ditemani,ke tandas,ke dapur,ke ruang tamu..wadduh!kalau masa tu saya tak bagitahu,mungkin ulfa tak setakut ini,ini pun sebab gara-gara desakan dia.
Selepas peristiwa itu,saya mula menjaga solat dan mengambil iktibar mengenai peristiwa tersebut.Alhamdulillah,semejak menjaga solat,saya tidak lagi melihat ITU.Hanya dapat merasakan kehadirannya.
Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai pengalaman mistik dalam hidup.Semua perkara terjadi dengan izin ALLAH SWT.Oleh hal yang demikian,terlihat atau melihat adalah dengan izin ALLAH SWT.Setiap kejadian ada hikmah yang tersirat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan