Di sini saya ingin berkongsi sedikit mengenai solat sunat istikharah.
Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang sangat lemah dan memerlukan bantuan daripada ALLAH TAALA dalam semua urusan.Hal ini disebabkan manusia tidak mengetahui hal ghaib sehingga manusia tidak mampu mengetahui amalan yang mendatangkan kebaikan dan amalan yang mendatangkan keburukan.Ingatlah sebenarnya segala perkara yang telah atau yang akan berlaku kesemuanya berada dalam pengetahuan dan kehendak ALLAH AZZA WA JALLA.
Maka kita sebagai hambaNYA ,jika berada dalam kekeliruan dalam membuat tindakan,maka lakukanlah solat sunat istikharah dan berdoa kepadaNYA mudah-mudahan dalam setiap tindakan kita akan mendapat petunjuk dan kemudahan daripadanNYA.
Bila disebut sahaja solat sunat istikharah,kebanyakan dalam kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh.Ianya begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira lelaki atau perempuan.
Sebenarnya amalan solat sunat istikharah ini skopnya lebih luas.Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini.Sedangkan amalan ini sangat-sangat digalakkan Rasulullah SAW.Solat ini merupakan permintaan kepada ALLAH agar Dia perkenan memberikan hidayah kepada kita menuju kebaikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan