IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Jumaat, 4 September 2015

Potret Pensyarah UIAM Part 1

Assalamualaikum pembaca blog!

Dah lama tak update blog. Maklumlah, kesibukan sebagai seorang pelajar part time dan guru kalau melanda memang tak sudah2. Hehe. Apapun, post kali ini berkaitan tentang koleksi potret pensyarah yang berjaya dihasilkan setakat ini. Wow, memang mengagumkan lepas siap!

Proses menyiapkan setiap potret adalah berbeza-beza yang mana tempoh paling singkat setakat ini yang pernah disiapkan ialah 2 1/2 jam dan yang paling lama 4 jam. Pelik kan? Kalau nak tahu macam mana boleh jadi macam tu sebenarnya setiap orang mempunyai form kepala, muka, mata, kening, hidung, mulut, rambut dan telinga yang berbeza-beza. Jarak antara kesemua ini perlu diagak dengan baik supaya figura dalam gambar dan lukisan boleh sama walaupun bukan 100%. Mereka yang ada pengalaman melukis potret tahu darjah kepayahan melakarnya. Huh! Kena banyak sabar dan fokus sepanjang nak bikin potret seseorang.

Well, berikut adalah hasil potret pensyarah yang dijadikan sebagai cenderahati buat mereka yang telah berkorban mengajar kami di Johor Bharu. TQ!








Bukan setakat potret ini sahaja, sebenarnya ada 2 lagi potret pensyarah yang tertinggal sebabnya tak ingat nak snap sebelum bungkus. Sedihnya..Tak ada simpanan melainkan dalam memori. But it's okay, i'll sketch it for another. (Dr Mohd Abbas Abdul Razak dan Dr Noryasmin Jamaludin)

Nantikan sambungan post potret seterusnya. Akan ada lagi....