IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Rabu, 25 Julai 2012

Test jpj




Assalamualaikum wbt pembaca blogku..


Debaran semakin terasa,Doakan saya,abang dan teman baik saya hidayah meswan mudah-mudahan lulus test jpj 1 ogos ini.Hal ini merupakan test jpj pertama saya.Saya akui banyak kesilapan yang telah saya lakukan semasa QTI ahad baru-baru ini,tapi tak apalah,kita belajar dari kesilapan,Setiap kegagalan merupakan sebuah kunci menuju kejayaan.
Saya cerita sikit pengalaman saya sepanjang menjalani proses belajar memandu,Tempoh yang diberikan selama 8 jam untuk 8 hari(khamis,sabtu dan ahad).Bayaran yang dikenakan ialah rm450 untuk seorang.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali,walaupun begitu,semuanya jadi tunggang langgang semasa menjalani QTI,gara-gara jem di bahagian bukit,saya tak sempat buat bahagian parking dan 3 penjuru,cikgu terus suruh test atas jalan,banyak kecuaian dan kelalaian saya lakukan.Cikgu hanya geleng-geleng kepala tanpa banyak bicara.Saya sedih dalam diam,saya jadi tak bersemangat,tak keruan dan bermacam-macam lagi.Tak lama beberapa lepas tu saya terbuka hati membuka laman mengenai tips lulus jpj semasa menjalani aktiviti di sirkuit PSM.Alahmdulillah saya menarik nafas lega kerana semuanya baru saya sedar dan faham sebab kegagalan saya semasa menjalani QTI.Dengan itu,doakan kejayaan kami 1 ogos ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan