IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Jumaat, 13 Julai 2012

Tahniah kepada sahabat-sahabatku yang berjaya mendapat tawaran ke ipta/ipts

Assalamualaikum pembaca blog sekalian terutama sekali sahabat-sahabat saya..
Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran masuk IPTA.Kepada mereka yang tidak berjaya mendapat tawaran ke IPTA,it's okay,bukan rezeki untuk sambung di sana,mungkin Allah ada sediakan tempat yang lebih baik untuk kita sambung belajar.Yang penting kita sudah ikhtiar dan buat yang terbaik...
Walaupun saya sendiri tak ada rezeki untuk sambung belajar di IPTA,namun,bagi saya ia bukan penamat semangat saya untuk terus berjuang.Sesungguhnya,InsyaALLAH saya akan ke SANA pada tahun depan.Tidak ramai yang tahu destinasi saya seterusnya ke mana melainkan yang tertentu sahaja saya bagitahu.Sekarang ini saya hanya mampu berdiam diri buat sementara waktu kerana ada sesetengah pihak tidak suka dengan tindakan saya sekarang.pihak tersebut ingin saya sambung ke SITU.Walaupun begitu,saya tetap dengan keputusan saya.Yang sambung belajar ialah saya,bukan pihak tu.Saya sering sakit hati dengan kata-kata pihak tersebut kerana 1 perkara sahaja.Tpi saya sabar je
Saya cuma nak terbaik untuk diri saya untuk sambung belajar nanti..:).Keistimewaan tempat saya sambung belajar nanti saya boleh berniqab dan bersarung tangan.Sedangkan di IPTA/IPTS berniqab adalah tidak dibenarkan sama sekali.Saya sangat keberatan membuka niqab setelah saya terpaksa membukanya semasa belajar di tingkatan 6 tahun lepas.Cukuplah di situ saya membukanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan