
Ramadhan kini tiba lagi!Mungkin ramai dalam kalangan remaja yang tidak sabar-sabar melaksanakan rukun Islam yang ketiga ini.Masing-masing dah pasang azam nak puasa hingga cukup sebulan(kecuali ABC) dan meraih sebanyak mungkin pahala puasa yang terkandung sepanjang bulan ramadhan ini.Namun begitu,ada juga remaja risau jika tidak mampu menahan dugaan dan cabaran ketika melaksanakan ibadah puasa.Di sini disarankan beberapa tips berguna yang boleh diikuti remaja sepanjang melaksanakan ibadah puasa.
- Elakkan kerja yang menggunakan tenaga yang banyak.tapi bukan bererti anda tidak perlu melakukan sebarang kerja.Sebaliknya lakukan kerja harian seperti biasa mengikut kemampuan diri ketika itu
- Jangan biarkan masa terluang kosong tanpa kegiatan yang bermanfaat.Isilah masa terluang dengan melakukan kegiatan yang mampu membuatkan dirimu manjadi lebih baik seperti membaca AQ,berzikir dan sebagainya.Secara tak langsung ia akan membuatkan kamu terlupa soal lapar dan dahaga seketika.
- Elak bercakap sesuatu yang tak elok atau mengumpat tentang orang lain kerana ia akan menyebabkan pahala puasa berkurang tanpa disedari
- Hidupkan pagi dalam bulan ramadhan dengan melakukan solat sunat dhuha.Banyak kelebihan yang diperoleh dengan melakukan solat ini.InsyaALLAH pintu rezeki kamu akan terbuka.
- Meriahkan malam puasa kamu dengan melakukan solat sunat terawih berjemaah di masjid ataupun surau

- Warnai satu per tiga malam terakhir dengan solat tahajud atau qiam.inilah saatnya kita memohon dan berdoa kepada ALLAH SWT dengan bersungguh-sungguh
- Gapai lailatul qadar dengan cintaNYA.Sesungguhnya ramadhan kali ini kita harus berjuang menahan hawa nafsu.Jadikan bulan penuh berkat ini sebagai permulaan untuk kita membina diri insan menjadi lebih bertaqwa.Jadilah insan yang menjadi semakin lebih baik dari hari ke hari.Lakukan ibadah puasa dan tempuhilah ramadhan ini dengan penuh keikhlasan di hati.Gapailah cinta yang paling tertinggi.Cinta Ilahi Rabbi


Tiada ulasan:
Catat Ulasan