Tajuk saya kali ini ialah membabitkan isu hangat tentang zina terutama sekali membabitkan perempuan.Menyedihkan sekali ialah isu yang berkaitan dengan remaja perempuan yang rosak akhlaknya iaitu sanggup membuang bayi gara-gara hamil hasil daripada hubungan haram.Kepada remaja perempuan di luar sana,tutuplah auratmu dengan sempurna dan hati-hatilah dalam memilih kawan ok..Ada sesetengah kawan ini akan mengheret kita sekali ke lembah kerosakan tanpa kita sedari.Ingat!Pengaruh negatif cepat meresap ke dalam diri berbanding positif.
Bismillahirrahmanirrahim..
Masyarakat menjadi gawat kerana meningkatnya kes rogol(R)dan zina(Z).Sepanjang tahun 2003 sahaja,sebanyak 1479 kes R dan Z telah dilaporkan kepada polis.Ini bermakna,Setiap hari terdapat 4 kes R dan Z yang dilaporkan.Kes yang gagal dilaporkan adalah >4x ganda.
Walaupun terdapat ramai perogol(PR)dan penzina(PZ) atau golongan hamba yang bernafsu shahwat ini bebas berkeliaran dalam kalangan masyarakat,masih terdapat lagi remaja perempuan yang tidak takut atau tidak malu mendedahkan aurat serta berjinak dengan lelaki yang besar kemungkinan akan menjadikannya mereka mangsa R.Mereka pula terlalu mudah ditipu,dipujuk,dirayu,dan dibawa ke tempat sunyi atau mengikuti lelaki yang rosak akhlaknya.Nauzubillah!
"Dan janganlah mereka(perempuan yang beriman)menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka metutupkan kain tudung ke dadanya,Dan janganlah menampakkan perhiasan mereka..."(An-Nur:31)
"Hai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:Hendaklah mereka menutup badan mereka dengan tudung.Demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali(sebagai orang beriman)agar mereka tidak diganggu oleh lelaki jahat.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Al-Ahzab:59)
Dari mana datangnya CINTA?Dari mata turun ke hati!Oleh sebab itu Islam mewajibkan setiap umatnya memelihara mata agar hati tidak mudah tergoda.Nafsu dan syahwat adalah umpama binatang buas yang sedang tidur,ia mesti dijaga dari permulaannya.Sekiranya ia terjaga,pasti tidak dapat mengawalnya lagi kecuali orang-orang yang takut dengan balasan ALLAH SWT.
"Katakanlah kepada lelaki yang beriman,hendaklah mereka
menahan pandangannya,dan memelihara kehormatannya,yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka,sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."(An-Nur:30)

"Janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat"(Al-Israk:32)
Islam mengajar penganutnya agar menjauhi segala perbuatan yang boleh menimbulkan syahwat.Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan,menonton dan membaca bahan porno,mendedahkan aurat serta mengambil makanan atau minuman yang memabukkan adalah sebab utama yang menaikkan syahwat dan akan membawa kepada perbuatan zina.
Berkata Nabi Isa a.s:"Takutlah kamu sekalian pada pandangan kerana sesungguhnya ia dapat menimbulkan syahwat(nafsu) di dalam hati dan cukup untuk menimbulkan fitnah(godaan) kerana pandangan itu"

Rasulullah SAW bersabda:"Pandangan itu panah yang beracun dari panah-panah iblis.Oleh itu,barang siapa yang meninggalkan pandangan itu kerana takut akan seksaan ALLAH,maka ia akan memperolehi kemanisan iman di dalam hatinya"
Bermula dengan renungan mata,kemudian bersentuh-sentuhan ringan tetapi apabila nafsu syahwat telah menguasai akal,maka hilanglah rasa takut atau malu.

Dipetik daripada buku Pusat bimbingan remaja putri Raudhatus Sakinah
Sentiasalahkanlah lidah mengucap istighfar sekiranya ada terbuat dosa..Jagalah pandangan mata..Sesungguhnya Allah Maha Melihat,Pengampun,Pengasih lagi Maha penyayang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan