IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Selasa, 3 Julai 2012

Watak dan keperibadian mengikut bulan kelahiran

Assalamualaikum dan selamat petang kepada pembaca blog sekalian..
Saya harap anda di sana sihat sejahtera dan khabar baik..
Di sini saya ingin berkongsi maklumat tentang watak dan keperibadian seseorang mengikut bulan kelahirannya.Perkongsian ini sekadar informasi sahaja.Semuanya telah ALLAH SWT tetapkan.Sekiranya betul,ianya berlaku secara kebetulan sahaja.Wallahualam


Bulan Januari:
-Seorang yang tenang dan berwibawa
-Suka berterus-terang dan tidak suka terikat dengan protokol dan adat istiadat
-Pandai menyimpan rahsia dan boleh dipercayai
-Disukai ramai kerana kelihatan selalu ceria
-Pandai mengatur kewangan
-Agak pendiam dan lebih suka memperhatikan dirinya sendiri
-Teliti dan tidak sembarangan melakukan pekerjaan


Bulan Februari:
-Seorang yang mempunyai hati yang tulus
-Perasaannya peka dan mudah tersinggung
-Senang dipuji dan selalu menuruti apa yang diinginkannya
-Suka berjenaka dan menghormati siapa sahaja
-Keras hati dan mempunyai pendirian yang tetap
-Agak pemalas dan suka memungkiri janji


Bulan Mac:
-Seorang yang baik hati dan suka menolong
-Suka kehidupan yang serba mewah
-Seleranya tinggi
-Belas kasihan dan selalu memberi kepada orang yang dalam kesusahan
-Agak pemalu,namun jujur dan tidak pernah berbohong
-Mudah terpengaruh dan tidak kuat menghadapi godaan
-Suka melalaikan kesihatannya sendiri


Bulan April:
-Seorang yang tidak mahu mengalah dan ingin menang sendiri
-Pembosan
-senang dipuji
-Agak boros walaupun pandai mencari wang
-Mempunyai otak yang cerdas,namun tidak suka diperintah
-Tak pernah memilih dalm berteman


Bulan Mei:
-Seorang yang pandai menguasai perasaan orang lain
-Pandai mengambil hati orang lain
-Mempunyai selera yang tinggi dan suka kehidupan yang serba mewah
-Senang menunda pekerjaan
-Agak boros walaupun rezekinya bagus
-Tidak senang diluji dan tidak suka terikat dengan adat istiadat


Bulan Jun:
-Seorang yang romantis dan suka menolong
-Tidak mempunyai pendirian tetap
-Suka berfikiran yang tinggi-tinggi
-Mudah tersinggung apabila perasaannya tersentuh
-Agak pemalas dan baru mahu bekerja sekiranya dijanjikan dengan hasil yang lumayan
-Selalu ceria walaupun hatinya sedang dalam konflik


Bulan Julai:
-Seorang yang suka berkhayal
-Kalau sudah marah,kata-katanya tajam
-Tidak mempunyai pendirian yang tetap
-Senang dipuji
-Suka menolong sesama sendiri sahaja
-Pandai berbicara dan berotak cerdas
-Agak pemalas


Bulan Ogos:
-Seorang yang mempunyai perasaan yang peka dan halus
-Cepat tersinggung
-Suka berkhayal dan berfikiran tinggi-tinggi
-Tidak mudah terpengaruh
-Agak pemalas
-Kalau bekerja lebih menuruti kehendak hatinya sendiri


Bulan September:
-Seorang yang mudah tersinggung dan cepat naik darah
-Baik hati dan jujur
-Boleh menyimpan rahsia
-Suka berseronok(enjoy)
-Pandai menyimpan wang namun tidak bakhil
-Suka menolong sesama keluarga dan pandai mendidik anak


Bulan Oktober:
-Seorang yang berjiwa besar tidak mahu mengalah
-Pandai berbicara
-Cerdas dan baik hati
-Memiliki tekad dan azam yang kuat
-Tidak sabar dan agak boros
-Fikirannya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah


Bulan November:
-Seorang yang tabah dan kuat dalam menghadapi segala dugaan
-Pandai mengerjakan setiap pekerjaan
-Pandai mengambil hati orang lain
-Agak malas dan suka menunda pekerjaan
-Banyak berfikir
-Agak pendendam dan tidak mudah memberi maaf kepada orang yang bersalah
-Keras hati


Bulan Disember:
-Seorang yang mudah menaruh percaya kepada orang lain
-Kalau mengerjakan sesuatu suka tergesa-gesa
-Tidak sabar
-Tidak mahu mengalah dan selalu ingin menang sendiri
-Mudah terpengaruh
-Jujur dan baik hati
-Pemboros dan suka memaksakan kehendak






-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan