Seorang isteri di Bangladesh harus pasrah menerima keadaan tangan kanannya yang tak dapat digunakan lagi untuk menulis akibat perbuatan kejam suaminya.Suami wanita terbabit bertindak memotong kelima-lima jari kanannya setelah dia menyuarakan keinginan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah kolej perguruan tinggi.
Kumpulan kebajikan Bangladesh meminta pihak kerajaan agar manjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap lelaki tersebut yang tergamak memotong sebahagian besar tangan kanan isterinya yang masih muda.
Pihak polos memberitahu bahawa suami wanita terbabit,Rafiqul Islam,30 tahun,menyerang isterinya setelah mangsa maminta izin untuk melanjutkan pelajaran.Mreka mengatakan bahawa Rafiqul yang bekerja sebagai seorang pekerja migran,melakukan perbuatan itu sebaik sahaja pulang ke ruamhnya daari Gulf.
Kejadian ini merupakan salah satu tindakan kekerasan dalam rumah tangga yang sudah berulang kali berlaku sekak beberapa bulan kebelakangan ini dengan menjadikan wanita yang ingin melanjutkan pelajaran sebagai mangsa.Menurut siasatan,Rafiqul yang bekerja di Uni Emirat Arab,telah mengikat isterinya,Hawa Akhter Jui yang masih berumur 21 tahun dan melekatkan plaster di mulut mangsa.Kemudian dalam sekelip mata,suspek terus memotong kelima-lima jari isterinya dengan sebilah pisau.
Seorang doktor yang merawat mangsa memberitahu bahawa kelima-lima jari Hawa sudah tidak dapat disambung kembali.Oleh itu,Hawa terpaksa menggunakan jari kirinya untuk melakukan apa jua aktiviti selepas kejadian tersebut.
Hawa memberitahu bahawa suaminya memiliki latar belakang pendidikan yang yang rendah tidak membenarkannya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat lebih tinggi.
Doktor mengatakan bahawa jari-jari saya mungkin boleh disambung kembali dalam tempoh 6 jam."Setelah itu,beberapa saudara suami saya membuang jari-jari tersebut ke tempat pembuangan sampah.Saya akhirnya dapat sembuh namun semanya sudah terlambat."Jelas Hawa yang kini sudah kembali ke rumah ibu bapanya.
Di petik dalam surat khabar ohh sayang
BalasPadam