IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Rabu, 10 Oktober 2012

Akhlak seseorang menggambarkan akhlak ibu bapa

Assalamualaikum pembaca blog sekalian,pada hari ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai akhlak.Sememangnya akhlak sangat penting bagi seseorang kerana masyarakat yang tidak mengenali ibu bapa mereka akan menilai mereka menerusi akhlak yang yang dibawa anak-anak amsing-masing.Anda faham?
Dalam konteks ini,kebanyakan masyarakat yang memerhati sifat atau perangai anak-anak muda disekeliling secara automatik akan menggambarkan keperibadian ibu bapa mereka.Hal ini kerana ibu bapa yang berperanan  mendidik anak-anak mereka secara tidak formal di peringkat awal di rumah akan membawa akhlak mereka ke mana-mana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan