IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Sabtu, 13 Oktober 2012

khasiat kelapa

Assalamualaiku pembaca blog..Di sini saya ingin berkongsi maklumat daripada melayu kini net..Ia adalah mengenai khasiat buah kelapa
Tidak sangka sebenarnya air kelapa muda ini ternyata terkandung banyak khasiatnya. Ia mampu merawat penyakit dan boleh merawat jika seseorang itu mengalami masalah keracunan. 



Khasiat Air Kelapa Muda (Menarik!) | Siapa di sini gemar minum air kelapa muda? Air kepala muda yang baik adalah diminum terus dari kelapa muda tersebut tanpa sebarang campuran air. Penggunaan air kelapa telah dipratikkan semenjak dulu lagi kerana orang tua-tua sering memberi kelapa muda hijau ketika menderita demam atau campak. Kelapa merupakan buah yang berkait dengan mitos dan budaya malah dipanggil buah ajaib kerana perananya sangat penting dalam berbagai ritual keagamaan dan adat. Kelapa dipanggil pokok syurga kerana kelapa dipercayai dapat membawa kekuatan, kesihatan, umur yang panjang dan kedamaian.
 
Apakah kelebihan Air Kelapa Muda? Ia dianggap lebih berkhasiat berbanding susu lembu kerana kandungan lemaknya rendah dan ia tiada kolesterol. Ia lebih berkhasiat berbanding jus oren kerana kalorinya jauh lebih rendah. Ia juga lebih baik dari susu bayi yang diproses kerana ia mengandungi asid laurik yang wujud dalam susu ibu yang asli. Ia juga adalah penderma darah yang universal kerana sifatnya yang serupa dengan plasma darah manusia.
 Ia adalah minuman isotonik asli, tahapnya sama dengan apa yang ada dalam darah orang yang sihat. Air Kelapa Muda telah “menyelamatkan nyawa” ramai penduduk Dunia Ketiga melalui kaedah perubatan tradisional dan petua, tapi kita mungkin tidak perasan.

Tanda-tanda keracunan
muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal atau ditumbuhi bintik-bintik merah. Hanya minum air kelapa muda sebiji.

H1N1 dan selesema burung
Air kelapa muda dicampur dengan madu dan kurma
keracunan cendawan
air kelapa muda hendaklah dicampur dengan satu sudu makan madu asli. la juga amat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.

Demam campak, demam kuning dan demam panas
Untuk demam panas, ia hendaklah dicampur dengan jus limau nipis.

Buang racun
Selain bekam, minum air kelapa muda boleh membuang racun dalam darah.

Ibu mengandung
Selain itu, kepercayaan dulu juga disarankan ibu yang sedang mengandung perlu kerap minum air kelapa muda. Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi, menjadi bersih, tiada kurap dan sebagainya.

Colitis, luka, cirit-birit, disentri, dan buasir
Air kelapa juga dapat mengatasi kerosakan sistem saluran pecernaan seperti mengurangkan gas, mual, dan sakit perut.

Rabu, 10 Oktober 2012

Akhlak seseorang menggambarkan akhlak ibu bapa

Assalamualaikum pembaca blog sekalian,pada hari ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai akhlak.Sememangnya akhlak sangat penting bagi seseorang kerana masyarakat yang tidak mengenali ibu bapa mereka akan menilai mereka menerusi akhlak yang yang dibawa anak-anak amsing-masing.Anda faham?
Dalam konteks ini,kebanyakan masyarakat yang memerhati sifat atau perangai anak-anak muda disekeliling secara automatik akan menggambarkan keperibadian ibu bapa mereka.Hal ini kerana ibu bapa yang berperanan  mendidik anak-anak mereka secara tidak formal di peringkat awal di rumah akan membawa akhlak mereka ke mana-mana.

Khamis, 4 Oktober 2012

Insan yang istimewa

Assalamualaikum pembaca blogku...
saya ingin berkongsi sesuatuBetapa bersyukur saya kepada Ilahi kerana telah dipertemukan dengan insan yang istimewa iaitu Kak Farah,Kak Najibah,Kak Iffah,dan lain-lain yang mengenali saya di sana.Terima kasih kerana menghargai saya sebagai sahabat sepanjang berada di sana.Dengan ini,saya akan sentiasa mendoakan kejayaan kamu di sana

Banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang berada di sana.Saya belajar hidup berdikari,belajar mendisiplinkan dan belajar mengurus masa dengan bijak.Hal ini pun semua dengan izin Allah yang juga telah memudahkan urusan saya.Alhamdulillah.

Oke la sahabatku semua,jaga diri baik-baik..Assalamualaikum

pemberian daripada yg istimewa

Assalamualaikum pembaca blog pada hari ini,saya ingin menunjukkan satu gambar pemberian daripada seseorang yang saya gelarkan Kak Farah.Pemberian ini saya akan kenang sampai bila-bila walaupun saya tak ada gambar Kak Farah.Kak farah tahu warna kegemaran saya berdasarkan pemerhatian Kak Farah majoriti barang-barang Radia yang berwarna merah..:) Pertama kali Kak Farah mengambil berat tentang saya,telah saya sematkan wajah Kak Farah di dalam kalbu,Begitu juga dengan orang lain yang pernah bersama saya..Terima kasih semua.
cincin permata merah

Selasa, 18 September 2012

Perjalanan ku menuju ke menara gading

Assalamualaikum pembaca blog ku..
Sudah sekian lama saya tidak menulis apa2 kat blog ni..
Um di sini saya ingin berkongsi mengenai perjalanan ku ke menara gading.Banyak cabaran yang akan dihadapi nanti dalam liku2 menjadi seorang mahasiswi bagi mencapai impian dan semoga mendapat keredhaan ALLAH SWT,keluarga,dan rakan2 seperjuangan..AAMIIN..

Jumaat, 7 September 2012

Mawar merah

Assalamualaikum pembaca blog,saya sangat menyukai bunga ros merah kerana ia harum,cantik,berduri,atraktif dan bermanfaat untk kesihatan.






~Kenangan sahabat-sahabatku di tingkatan 6~

Assalamualaikum pembaca blog sekalian,sudah agak lama saya tidak menaip-naip pada blog kesayangan ini.Maklumlah,sibuk beraya dan bersiar-siar sepanjang berada di kampung.
Saya begitu gembira sekali dengan perjalanan sahabat-sahabat saya ke Universiti masing-masing.Namun,saya begitu merindui mereka.Berikut merupakan kenangan semasa berada di tingkatan 6 dulu

Cikgu Zainon & anak murid

klasmet
gabungan kelas 6ak1,6ak2 & 6as

rubi & dibah