IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Sabtu, 14 Julai 2012

Sucikan hati ketika istikharah

Assalamualaikum pembaca blog hari ni..:)
Di sini saya ingin berkongsi sedikit mengenai solat sunat istikharah.
Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang sangat lemah dan memerlukan bantuan daripada ALLAH TAALA dalam semua urusan.Hal ini disebabkan manusia tidak mengetahui hal ghaib sehingga manusia tidak mampu mengetahui amalan yang mendatangkan kebaikan dan amalan yang mendatangkan keburukan.Ingatlah sebenarnya segala perkara yang telah atau yang akan berlaku kesemuanya berada dalam pengetahuan dan kehendak ALLAH AZZA WA JALLA.


Maka kita sebagai hambaNYA ,jika berada dalam kekeliruan dalam membuat tindakan,maka lakukanlah solat sunat istikharah dan berdoa kepadaNYA mudah-mudahan dalam setiap tindakan kita akan mendapat petunjuk dan kemudahan daripadanNYA.



Bila disebut sahaja solat sunat istikharah,kebanyakan dalam kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh.Ianya begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira lelaki atau perempuan.


Sebenarnya amalan solat sunat istikharah ini skopnya lebih luas.Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini.Sedangkan amalan ini sangat-sangat digalakkan Rasulullah SAW.Solat ini merupakan permintaan kepada ALLAH agar Dia perkenan memberikan hidayah kepada kita menuju kebaikan

Jumaat, 13 Julai 2012

Persediaan diri untuk menempuh alam pengajian baru

Assalamualaikum pembaca blog...
Sebelum melangkah ke alam pengajian baru,sudah semestinya kita mesti bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi suasana baru,sistem pembelajaran yang baru dan rutin yang baru.Bukan itu sahaja,dari segi kewangan juga sangat penting kerana semasa pendaftaran masuk,yuran pasti ada disertai dengan bayaran-bayaran yang lain.Oleh sebab itu,masing-masing perlu ada simpanan untuk melunaskan yuran pengajian dan keperluan pada masa-masa akan datang.Selain itu,wang penting untuk memenuhi banyak keperluan barangan peribadi untuk penginapan asrama,wang belanja dsg.
Saya lambat lagi untuk sambung.Kira-kira ada 5 bulan lagi.Sepanjang cuti ni,saya ingin mengumpul duit dengan membanting tulang di Johor Bharu.:)

Tahniah kepada sahabat-sahabatku yang berjaya mendapat tawaran ke ipta/ipts

Assalamualaikum pembaca blog sekalian terutama sekali sahabat-sahabat saya..
Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran masuk IPTA.Kepada mereka yang tidak berjaya mendapat tawaran ke IPTA,it's okay,bukan rezeki untuk sambung di sana,mungkin Allah ada sediakan tempat yang lebih baik untuk kita sambung belajar.Yang penting kita sudah ikhtiar dan buat yang terbaik...
Walaupun saya sendiri tak ada rezeki untuk sambung belajar di IPTA,namun,bagi saya ia bukan penamat semangat saya untuk terus berjuang.Sesungguhnya,InsyaALLAH saya akan ke SANA pada tahun depan.Tidak ramai yang tahu destinasi saya seterusnya ke mana melainkan yang tertentu sahaja saya bagitahu.Sekarang ini saya hanya mampu berdiam diri buat sementara waktu kerana ada sesetengah pihak tidak suka dengan tindakan saya sekarang.pihak tersebut ingin saya sambung ke SITU.Walaupun begitu,saya tetap dengan keputusan saya.Yang sambung belajar ialah saya,bukan pihak tu.Saya sering sakit hati dengan kata-kata pihak tersebut kerana 1 perkara sahaja.Tpi saya sabar je
Saya cuma nak terbaik untuk diri saya untuk sambung belajar nanti..:).Keistimewaan tempat saya sambung belajar nanti saya boleh berniqab dan bersarung tangan.Sedangkan di IPTA/IPTS berniqab adalah tidak dibenarkan sama sekali.Saya sangat keberatan membuka niqab setelah saya terpaksa membukanya semasa belajar di tingkatan 6 tahun lepas.Cukuplah di situ saya membukanya.

Rabu, 11 Julai 2012

Doaku untukmu sayang-Wali Band

Kau mau aku apa
Pasti kan ku beri kau minta apa
Akan ku turuti walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang

korus

Aku tak kan berhenti menemani dan menyayangi mu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bah kan bila aku mat, ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di Surga nanti



Tahukah kamu apa yang ku pinta 
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku,tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

(Tuhan tolong aku,jaga-jaga dia,ku pun sayang dia)


Sabtu, 7 Julai 2012

menuju surgamu

Aku mencintaimu lebih dari segalanya
Aku bersandar padamu karna KAU jalan hidupku
Sedihku menyakitiMU dengan segala dosaku
Aku bertaubat padaMU agar menuju surgaMU...

Jumaat, 6 Julai 2012

Perancangan projek seni saya

Assalamualaikum pembaca blog..
Di sini saya ingin berkongsi mengenai perancangan projek seni saya sepanjang cuti sebelum sambung belajar.Saya masih ada 5 bulan dari sekarang untuk sambung belajar.Oleh sebab itu,saya mengambil peluang ini untuk mengisi masa saya dengan projek ini.


Tema projek seni saya ialah keharmonian majlis graduasi.Dalam tema ini,terdapat beberapa bab pemisah seperti gambar-gambar harmoni,tipografi dan geometri.Setiap bab ini masing-masing mempunyai 3 helai lukisan yang perlu dilakar berdasarkan bab tersebut.


Pertama ialah bab harmoni.Apa yang harmoninya majlis graduasi?pertama dari segi pemakaian sedondon ahli graduan,kedua ialah penyampaian sijil kepada graduan dan yang ketiga pula suasana majlis graduasi.


Kedua pula ialah bab tipografi.Tipografi atau dikenali sebagai huruf  adalah untuk menunjukkan huruf yang terdapat pada majlis tersebut seperti kad jemputan,bena,plat sekolah dsg.


Dan yang terakhir  ialah bab geometri(bentuk).Geometri ini saya akan mengambil bentuk yang terdapt dalm majlis tersebut seperti topi graduan,perhiasan dewan,jubah graduan dan hiasan diri pelajar ataupun sijil pelajar.

Rabu, 4 Julai 2012

dari mata turun ke hati

Assalamualaikum semua!I'm back!
Tajuk saya kali ini ialah membabitkan isu hangat tentang zina terutama sekali membabitkan perempuan.Menyedihkan sekali ialah isu yang berkaitan dengan remaja perempuan yang rosak akhlaknya iaitu sanggup membuang bayi gara-gara hamil hasil daripada hubungan haram.Kepada remaja perempuan di luar sana,tutuplah auratmu dengan sempurna dan hati-hatilah dalam memilih kawan ok..Ada sesetengah kawan ini akan mengheret kita sekali ke lembah kerosakan tanpa kita sedari.Ingat!Pengaruh negatif cepat meresap ke dalam diri berbanding positif.


Bismillahirrahmanirrahim..


Masyarakat menjadi gawat kerana meningkatnya kes rogol(R)dan zina(Z).Sepanjang tahun 2003 sahaja,sebanyak 1479 kes R dan Z telah dilaporkan kepada polis.Ini bermakna,Setiap hari terdapat 4 kes R dan Z yang dilaporkan.Kes yang gagal dilaporkan adalah >4x ganda.
Walaupun terdapat ramai perogol(PR)dan penzina(PZ) atau golongan hamba yang bernafsu shahwat ini bebas berkeliaran dalam kalangan masyarakat,masih terdapat lagi remaja perempuan yang tidak takut atau tidak malu mendedahkan aurat serta berjinak dengan lelaki yang besar kemungkinan akan menjadikannya mereka mangsa R.Mereka pula terlalu mudah ditipu,dipujuk,dirayu,dan dibawa ke tempat sunyi atau mengikuti lelaki yang rosak akhlaknya.Nauzubillah!



"Dan janganlah mereka(perempuan yang beriman)menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka metutupkan kain tudung ke dadanya,Dan janganlah menampakkan perhiasan mereka..."(An-Nur:31)


"Hai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:Hendaklah mereka menutup badan mereka dengan tudung.Demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali(sebagai orang beriman)agar mereka tidak diganggu oleh lelaki jahat.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Al-Ahzab:59)


Dari mana datangnya CINTA?Dari mata turun ke hati!Oleh sebab itu Islam mewajibkan setiap umatnya memelihara mata agar hati tidak mudah tergoda.Nafsu dan syahwat adalah umpama binatang buas yang sedang tidur,ia mesti dijaga dari permulaannya.Sekiranya ia terjaga,pasti tidak dapat mengawalnya lagi kecuali orang-orang yang takut dengan balasan ALLAH SWT.


"Katakanlah kepada lelaki yang beriman,hendaklah mereka 
menahan pandangannya,dan memelihara kehormatannya,yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka,sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."(An-Nur:30)

"Katakanlah kepada wanita yang beriman,hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan jangan mendedahkan perhiasan mereka"(An-Nur:31)


"Janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat"(Al-Israk:32)

Islam mengajar penganutnya agar menjauhi segala perbuatan yang boleh menimbulkan syahwat.Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan,menonton dan membaca bahan porno,mendedahkan aurat serta mengambil makanan atau minuman yang memabukkan adalah sebab utama yang menaikkan syahwat dan akan membawa kepada perbuatan zina.


Berkata Nabi Isa a.s:"Takutlah kamu sekalian pada pandangan kerana sesungguhnya ia dapat menimbulkan syahwat(nafsu) di dalam hati dan cukup untuk menimbulkan fitnah(godaan) kerana pandangan itu"


Orang bertanya kepada Nabi Yahya a.s"Apakah permulaan zina?"Nabi Yahya a.s menjawab"melihat dan berangan-angan"


Rasulullah SAW bersabda:"Pandangan itu panah yang beracun dari panah-panah iblis.Oleh itu,barang siapa yang meninggalkan pandangan itu kerana takut akan seksaan ALLAH,maka ia akan memperolehi kemanisan iman di dalam hatinya"

Bermula dengan renungan mata,kemudian bersentuh-sentuhan ringan tetapi apabila nafsu syahwat telah menguasai akal,maka hilanglah rasa takut atau malu.


Rasulullah SAW bersabda:"Tiap-tiap anak Adam(manusia)itu mempunyai bahagian zina.Dua matanya berzina,iaitu memandang sesuatu yang menaikkan syhawat,dua tangannya berzina iaitu memegang mereka yang bukan muhrimnya,dua kakinya berjalan ke tempat maksiat,mulutnya berzina iaitu mencium dan hati itu bercita-cita dan berangan-angan melakukan zina.Kemudian disahkan yang demikian itu oleh kemaluannya"(Muslim)


Dipetik daripada buku Pusat bimbingan remaja putri Raudhatus Sakinah


Sentiasalahkanlah lidah mengucap istighfar sekiranya ada terbuat dosa..Jagalah pandangan mata..Sesungguhnya Allah Maha Melihat,Pengampun,Pengasih lagi Maha penyayang..