IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Jumaat, 29 Ogos 2014

Sambutan Hari Merdeka yang ke-57 untuk pertama kalinya di TMI

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog, baru-baru ini di tempat kerja saya menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-57 buat kali pertama. Semua anak murid masing-masing memakai seragam uniform polis, pilot, chef, doktor, hakim, angkasawan, askar dan bomba. Suasana sangat meriah walaupun tadika kami menyambut hari kemerdekaan buat pertama kalinya. Tentatif dimulakan dengan peraduan mewarna dan lima pemenang mewarna tercantik akan dipilih. 













Dalam pada itu, sebelum menyambut hari Merdeka, kami membuat rehearsal untuk final day. Berikut merupakan hari rehearsal before final day. Mereka sangat comel dengan seragam yang dipakai!

































Sementara menunggu nama pemenang peraduan mewarna tercantik. Semua excited!






Fakhri Haidar : Mana hadiah saya cikgu? :PPP





lima pemenang yang terpilih. Sebelah kanan tu penambah seri.





Isnin, 25 Ogos 2014

Thank you Dr Afareez Abd Razak Al-Hafiz

Assalamualaikum semua, pada fasa kali ini, every last meeting saya menghulurkan sesuatu. SURPRISE!
Alhamdulillah tak sangka pensyarah yang menerima cenderahati tersebut begitu teruja dengan pemberian saya. :).
Pemberian ini adalah sebagai tanda appreciation atas segala bakti, perkongsian ilmu dan pengalaman serta lawak yang dikongsi bersama.

Thank you!

Berikut merupakan sesi fotografi kami bersama Dr Afareez Abd Razak Al-Hafiz buat kali kedua. Suasana lagi bertambah ceria buat kali ini.







for the first time Dr Afareez posing peace!




Our Lecturer Dr Mohd Abbas Abd Razak

Assalamualaikum pembaca blog, Alhamdulillah saya pertemuan dua subjek daripada lima telah habis dilalui iaitu antaranya iailah subjek Dr Mohd Abbas Abd Razak. Beliau sangat kelakar dan indah berbahasa ketika berkata-kata. Semua pensyarah UIA setakat ini sangat hebat dan bagus dalam bidang mereka. Selain itu, mereka sangat merendah diri sehinggakan kalau mereka yang tidak dikenali, kita tidak akan cam bahawa mereka rupa-rupanya pensyarah melainkan yang memang sudah kenal. :D

Setiap fasa yang dilalui pasti tidak akan terulang. Masa berlalu dan sentiasa ke hadapan. Oleh sebab itu, bukan mudah mendapat peluang bersama-sama dengan pensyarah yang datangnya jauh nun di sana yang datang berbakti dan bersyarah menyampaikan pelbagai ilmu dan pengalaman.

Thank you Dr Abbas!












KGK

Assalamualaikum pembaca blog, syukur Alhamdulillah banyak perkara yang pada mulanya agak sukar dilalui akhirnya dimudahkan sedikit demi sedikit. Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan satu kumpulan yang sebenarnya kami tubuhkan semasa berada di kampus Gombak.


Kumpulan ini tercipta hasil daripada ukhuwah kami semasa final exam fasa 1 di Gombak yang diketuai oleh Nani Haryati Abd Za'par. Yang memulakannya dahulu sebenarnya adalah Si Azizah yang menggelarkan Nani KGK gara-gara memakai jubah kuning terang. Bermula di situlah akhirnya kami mencipta satu kumpulan kami KGK.                                                                     

Suasana bertambah ceria dan erat semasa study group pada malam akhir kami berada di Mahallah Nusaibah sebelum exam yang mana semua serentak ketawa apabila saya sendiri membuat lawak yang tidak seberapa lawak (bagi saya) tapi rupanya mencetuskan ketawa mereka semua. Tak sangka lawak saya menjadikan mereka semua tersenyum dan hilang stress terus.. Inilah kumpulan kami. :)



Rabu, 7 Mei 2014

Kenangan bersama-sama dengan Dr Afareez Abd Razak Al-Hafiz

Assalamualaikum pembaca blog, sudah begitu lama blog ini tidak di update..
Apa khabar semua?Mudah-mudahan anda semua sihat walafiat. Di sini ingin saya kongsikan dengan anda semua tentang kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama-sama dengan pensyarah yang bernama Dr Afareez Abd Razak Al-Hafiz. Siapakah beliau? Beliau adalah seorang penulis buku yang telah bersyarah di kelas kami baru-baru ini. Beliau juga seorang yang berpendirian yang luar biasa dan kami tidak pernah berjumpa orang seperti Dr Afareez. Apapun, kami harap beliau akan bersyarah di kelas kami lagi pada sem akan datang! Berikut merupakan sesi fotografi kami bersama-sama dengan beliau. Sangat riuh.










Ahad, 9 Februari 2014

Debaran semester 3 dan kenangan sem 2

Assalamualaikum pembaca blog..
Setakat ini baru dua daripada 5 subjek sem 3 sudah dipelajari untuk meeting pertama. Lecturer pun Alhamdulillah good dan sangat educated. kedua-dua lecturer setakat ini berpendidikan dari Amerika Syarikat dan mereka juga ada background Islamik.

Perkara yang membuat saya berdebar sebenarnya tentang subjek yang agak tough berbanding sebelum ini. Tapi tak apalah,yang penting usaha dengan sebaik-baiknya dan berdoa.Mudah-mudahan sem 3 ini all is well.

Berikut merupakan kenangan semasa semester 2 bersama dengan sahabat seperjuangan dan sporting lecturer.Love them!



Add caption


fokus!fokus!

Dialog Kak Akmal : ok tak gambar ni?

cenderahati rose buat Dr Salmi


Ahad, 2 Februari 2014

kenangan reunion form 6

Assalamualaikum pembaca blog, Alhamdulillah hari ini sangat gembira dan bersyukur sekali akhirnya dapat bersama dengan kawan-kawan form 6 petang di Pantai Teluk Kalong. Sudah lama sekali tidak update blog stelah dilanda kesibukan bekerja mengajar budak-budak tadika di Ulu Tiram dan kesibukan belajar. Alhamdulillah Semester dua baru-baru ini saya masih lagi berjaya mendapat result deccan.

Oklah,berbalik pasal tadi, hari ini saya dikejutkan dengan seorang sahabat yang telah berpurdah.Alhamdulillah.Perubahannya tidak semua yang tahu.Perjumpaan kami di pantai mengejutkan semua kawan-kawan dengan perubahannya.Alhamdulillah ramai yang terpegun dan suka akan pemakaiannya. Perjumpaan seperti ini jarang sekali kami adakan kerana kesibukan di universiti masing-masing melainkan time cuti sem.

Masing-masing membawa makanan, minuman, makanan ringan dan keperluan memanggang ayam. Setelah makan-makan, kami mengambil gambar di tepi pantai beramai-ramai dan membuat candid. Keseronokan bersama dengan mereka tidak terkata. Harap selepas ini akan ada lagi reunion seperti ini..