IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Ahad, 2 Februari 2014

kenangan reunion form 6

Assalamualaikum pembaca blog, Alhamdulillah hari ini sangat gembira dan bersyukur sekali akhirnya dapat bersama dengan kawan-kawan form 6 petang di Pantai Teluk Kalong. Sudah lama sekali tidak update blog stelah dilanda kesibukan bekerja mengajar budak-budak tadika di Ulu Tiram dan kesibukan belajar. Alhamdulillah Semester dua baru-baru ini saya masih lagi berjaya mendapat result deccan.

Oklah,berbalik pasal tadi, hari ini saya dikejutkan dengan seorang sahabat yang telah berpurdah.Alhamdulillah.Perubahannya tidak semua yang tahu.Perjumpaan kami di pantai mengejutkan semua kawan-kawan dengan perubahannya.Alhamdulillah ramai yang terpegun dan suka akan pemakaiannya. Perjumpaan seperti ini jarang sekali kami adakan kerana kesibukan di universiti masing-masing melainkan time cuti sem.

Masing-masing membawa makanan, minuman, makanan ringan dan keperluan memanggang ayam. Setelah makan-makan, kami mengambil gambar di tepi pantai beramai-ramai dan membuat candid. Keseronokan bersama dengan mereka tidak terkata. Harap selepas ini akan ada lagi reunion seperti ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan