Assalamualaikum pembaca blog, syukur Alhamdulillah banyak perkara yang pada mulanya agak sukar dilalui akhirnya dimudahkan sedikit demi sedikit. Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan satu kumpulan yang sebenarnya kami tubuhkan semasa berada di kampus Gombak.
Kumpulan ini tercipta hasil daripada ukhuwah kami semasa final exam fasa 1 di Gombak yang diketuai oleh Nani Haryati Abd Za'par. Yang memulakannya dahulu sebenarnya adalah Si Azizah yang menggelarkan Nani KGK gara-gara memakai jubah kuning terang. Bermula di situlah akhirnya kami mencipta satu kumpulan kami KGK.
Suasana bertambah ceria dan erat semasa study group pada malam akhir kami berada di Mahallah Nusaibah sebelum exam yang mana semua serentak ketawa apabila saya sendiri membuat lawak yang tidak seberapa lawak (bagi saya) tapi rupanya mencetuskan ketawa mereka semua. Tak sangka lawak saya menjadikan mereka semua tersenyum dan hilang stress terus.. Inilah kumpulan kami. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan