IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Ahad, 5 Ogos 2012

Warna melambangkan watak seseorang

Assalamualaikum pembaca blogku..Pada hari ini ingin saya kongsikan mengenai watak-watak seseorang berdasarkan warna yang diminatinya tidak kira warna pakaian,tempat tinggal,kenderaan,hiasan dalaman dsb.
Setiap orang pasti mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai berbanding warna-warna lain.Dari situlah kita boleh lihat watak seseorang berdasarkan warna pilihan kegemarannya.Walaubagaimanapun,kebenaran mengenai hal ini WALLAHUALAM,saya sekadar membuat perkongsian.


WARNA BIRU GELAP


  • Seorang yang pemurung,selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam semua hal
  • Selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan
  • Dalam percintaan anda pintar menyembunyikan perasaan

WARNA BIRU CERAH


  • Seorang yang ceria,cergas dan positif dalam segala hal
  • memberi ketenangan dan ketenteraman
  • Mampu menghadapi kesulitan dalam pergaulan
  • Dalam percintaan anda pintar menyembunyikan perasaan
WARNA HIJAU
  • Seorang yang romantik,menyukai keindahan
  • Menyenangi alam dengan udara yang sejuk dan nyaman
  • Seorang yang selalu memegang prinsip hidup
  • Dalam percintaan,anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai
WARNA KUNING
  • Seorang yang bersifat optimistik
  • Seorang yang periang,mudah bergaul,dan lemah dalam penampilan
  • Menjadikan sifat tolong-menolong suatu kewajipan mutlak bagi anda
  • Tidak pernah meremehkan sesiapa walaupun seseorang itu lemah atau dungu
WARNA UNGU


  • Seorang yang luar biasa kerana dalam menghadapi masa depan,anda tidak pernah ragu-ragu
  • Sentiasa melakukan kerja dengan terbaik
  • Pandai menyesuaikan diri dengan perkembangan zaman
  • Dalam bercinta,hanya mereka yang kuat mental sahaja yang dapat mendekati dan menjadi kekasih anda
WARNA PUTIH


  • Seorang yang cukup sempurna
  • Banyak orang mengakagumi anda kerana sifat anggun,idealis dan moralis anda yang tinggi
  • Tidak pernah angkuh dan senang menolong sesiapa sahaja yang memerlukan
WARNA HITAM


  • Seorang yang sangat lincah dan tangkas dalam hal tertentu sahaja
  • Mudah menjadi pasif dan murung apabila berada dalam lingkungan yang tidak disukai
  • Selalu tampil menarik dan rapi
  • Dalam percintaan,ramai yang berusaha mengejar dan merebut cinta anda kerana anda seorang yang berhati-hati dalam memberi cinta
WARNA MERAH


  • Seorang yang sangat berwibawa dan senang membantu teman yang lemah
  • Anda dapat menahan diri(tidak mudah keterlanjuran) dalam bergaul dan bergurau
  • Selalu berfikir panjang dalam menimbang kesan baik dan buruk dalam cinta
  • Walaupun anda romantik,anda juga garang dan kasar
  • Termasuk jenis yang sulit jatuh cinta
  • Bila anda jatuh cinta,anda setia,tetapi umumnya kurang setia kecuali ada kepentingan
  • Kurang menghadapi kesulitan kerana anda tangkas
  • Kehidupan anda sederhana dan tidak semua impian anda tercapai,tetapi anda menerima seadanya


2 ulasan:

  1. maafkan saya...tp warna merah...apakah mksdnya dalam bercinta setia,tp umumnya kurang setia kecuali ad kepentingan?

    BalasPadam
  2. Wallahualam..kebenaran mengenai hal ini tak ada kepastian mutlaknya..jgn percaya sngt,saya hnya membuat perkongsian berdasarkn buku "misteri"

    BalasPadam