IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Selasa, 31 Julai 2012

Maher Zein - I Love You So Mp3 Download | Music Addict



I pray to God
My heart,soul and body
Every single day of my life
With every breath i solemnly promise

To try to live my life for You
Oh Allah!You did revive my soul


Chorus 1
And shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh i love you so
Chorus 2
Now i know how it's like
To have your precious love into my life
Now i know how it's feels
To finally be at peace inside


I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see 
How Your love has set me free
Set me free and made me strong


Oh Allah!I'm forever grateful to You
Whatever i say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And firm against all the odds
You are the one who did revive my soul
Repeat chorus 1
My love,my life,my days,my nights,my wealth,my prayers all for You

And i swear that i will never put anyone or anything before You

My love,my life,my days,my nights,my wealth,my prayers all for You



Khamis, 26 Julai 2012

Wahai sahabat..

Walaupun kita pernah saling menyakiti tanpa disedari atau tersasul,saya tetap menyayangimu dalam diam walaupun saya kurang tahu dan pasti sama ada kamu masih menyayangi saya atau tidak.Saya diam itu lebih baik kerana sekiranya saya melafazkannya saya takut akan lebih menyakitkan hatimu sahabatku seandainya saya tersasul..
Banyak sahabat yang begitu baik sekali terhadap saya,ada yang lawak,manja,alim,bijaksana,dsb.Tapi kadang-kadang saya sedih apabila teringat saya pernah menyakitimu sahabat,maafkan atas semua khilaf saya.Sesungguhnya kita semua bukan manusia sempurna..
kalau diimbaskan kenangan kita bersama,sangat indah.Sepanjang bersama,memang ada garam dan gula.Memang itu lumrah kehidupan.Tapi kenapa ya kadang-kadang kesakitan yang pernah dirasai sulit untuk disembuhkan??Padahal bukannya masalah besar pun.:(.Astaghfirullah!Apa la kita ni??Sedangkan Nabi ampunkan umat.Inikan pula kita manusia biasa.Malu weih!
Ok2 kita cuba untuk pulihkan balik hati yang ada luka-luka sikit..Um kita bubuh "secawan" istighfar,"sesudu"selawat,"sejag" kemaafan,"setadah" doa dan "sebaldi" air mata..Harap dapat merawat..:)

Hukum memakai celak

Assalamualaikum pembaca blog sekalian..:)
Salam ramadhan al-mubarak darpada saya,Alhamdulillah kita sekarang telah pun melalui ramadhan ke-6.
Okey,di sini saya ingin berkongsi sedikit mengenai hukum pemakaian celak sama ada ianya harus,makruh,sunnat atau haram..
Sebelum itu maklumat di bawah ini saya copy and paste daripada wirajiwa.bumicyber.com berkongsi maklumat....

Telah datang kepada saya satu pertanyaan daripada seorang kenalan(wanita) berkenaan kemusykilan mengenai perihal bercelak dan wudhu. Soalannya adalah.
Soalan: Bagaimanakah hukumnya mengambil wudhu, sah atau tidakkah wudhu tersebut sedang saya memakai celak. Dan celak tersebut adalah dari jenis yang kalis air(water resist).
HUKUM BERCELAK MATA
Pendapat yang pertama

1) Sunat Bercelak Mata
Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata” – (At Tibbun Nabawi)
Dalam hadis lain dari Ibnu Abbas, bahawa : Rasulullah SAW  mempunyai bekas celak mata khas. Apabila mencelak matanya, Baginda SAW menyapu sebanyak tiga kali  – (Ibnu Majah – At Tibbun Nabawi)
2) Faedah Lain Bercelak Mata
Seperti mana yang disebut di dalam At Tibbun Nabawi, bahawa perbuatan mencelak mata boleh mendatangkan beberapa faedah :
i. Menyihatkan mata
ii. Menguat dan membersihkan (menerangkan) pandangan
iii. Menghilangkan penyakit mata
iv. Mencantikkan warna atau menyinar cahaya mata
Bercelak mata sunat bagi wanita, dengan syarat bercelak pada bulu mata dan kening sahaja tanpa berlebih-lebihan sehingga menyerupai solekan wanita jahiliah. Seperti mewarnakan kelopak mata dengan pelbagai warna, menambah alis mata palsu dan sebagainya, termasuk memerahkan pipi dan mengincukan bibir dengan warna merah berlebihan adalah dilarang, kerana semuanya adalah tabarruj jahiliah yang dilarang.
Namun, jika wanita bersolek untuk suaminya, walaupun menyerupai tabarruj jahiliah adalah digalakkan dan sunat pula (berpahala). Tapi jika untuk keluar rumah dan untuk diperlihatkan kepada umum sahaja adalah dilarang.
http://biroagamakelabep.blogspot.com
SUMBER : Batas-Batas AURAT & Pergaulan Serta Hukum Persolekan Dalam Islam oleh Ustaz Jaafar Salleh, Halaman 143 – 144
Pendapat yang kedua dibawah ini pula adalah jawapan daripada Ustaz Izhar Idrus:

Soalan:
Assalamu'alaikum wbt ustaz..
Saya tak perasan pula kalau soalan ni pernah diajukan..tapi saya masih keliru, apa hukum pemakaian celak? bagi perempuan terutamanya..boleh atau tak boleh sebab takut menimbulkan fitnah bila bertemu dengan lelaki? harap ustaz dapat jelaskan.. terima kasih..
Jawapan:
Waalaikum salam wbt. Hukum memakai celak mata adalah harus samada bagi lelaki atau perempuan dan merupakan perhiasan yang pernah di pakai oleh Nabi saw sebagaimana hadith Tirmizi dan Ibn Majh dari Ibn Abbas ra yang bermaksud :
"Adalah pada Nabi saw suatu celak yang digunakan oleh baginda 3 kali waktu tiap kali memakainya"
Dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya :
"Siapa yang pakai celak maka hendaklah dipakainya 3 kali"
Berkata ulama "siapa" dalam hadith tersebut termasuk juga kaum wanita.
Jadi ulama telah menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada larangannya melainkan pada ketika mengerjakan haji yaitu makruh hukumnya.
Perlu di ingatkan bahawa perhiasan yang di larang ke atas kaum wanita itu bukannya celak tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang banyak kita lihat hari ini. inilah perhiasan yang menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki.
Rujukan Kitab Al-Mufassol Dr Abd Krim Zaidan juzuk 3 muka surat 354
Catatan wirajiwa: Dan saya memilih pendapat yang pertama. Yaitu ianya sunnah dan sunat bagi lelaki. Serta sunat pula bagi wanita jika dipakai untuk suaminya.

Pendapat yang ketiga.
Berbalik kepada Soalan: Bagaimanakah hukumnya mengambil wudhu, sah atau tidakkah wudhu tersebut sedang saya memakai celak. Dan celak tersebut adalah dari jenis yang kalis air(water resist).
Mengenai sah atau tidak wudhu' itu, hendaklah dilihat kepada jenis celak yang dipakai. Sekiranya celak itu jenis 'water resistant' maka pasti wudhu' tidak sah kerana syarat sah wudhu' adalah meratakan air ke seluruh kulit(anggota wajib untuk sah wudhu’ dan wajah itu salah satunya) ,yang didalamnya termasuk kelopak mata. Apabila wudhu' tidak sah, maka solat pun ikut sama tidak sah. Jika dilihat dalam masalah ini , (terpaksa mengunakan remover liquid baru hilang, maka jelas wudhu’ itu tidak sah selagi tidak menanggalkannya dengan jelas). Dan tidak meninggalkan sebarang was-was.
Oleh sebab itulah, dinasihati. Elakkanlah dari produk-produk yang bakal mendatangkan was-was. Dan pilihlah celak yang tidak mengandungi bahan-bahan subahah. Seperti ismit mekah (contoh yang terbaik untuk digunakan).
Ingin saya menyentuh sedikit berkenaan dengan hukum mengunakan produk-produk kosmetik yang berasaskan haiwan, tidak kira ianya kulit atau tulang, atau lemak-lemaknya. Atau apa saja dari binatang berkenaan. Ada beberapa hal atau keadaan yang perlu diperhatikan.
Yang pertama adalah asasnya haiwan itu adalah haram atau najis hidup atau matinya. Seperti anjing dan babi. Maka haramlah hukum mengunakan produk-produk tersebut(mutlak keharamannya). Kecuali dalam keadaan darurat seperti perubatan, tetapi hukumnya tetap tidak menjadi harus. Tetap juga haram. Dan perbuatan tersebut dibolehkan oleh sesetengah pendapat, tetapi tetap perlu bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah atas perbuatan tersebut.
Yang keduanya adalah asasnya haiwan itu tidak najis sewaktu hidupnya tetapi menjadi najis apabila ia telah menjadi bangkai seperti, harimau, kucing, dan sebagainya. Maka hukumnya juga tetap haram. Untuk tujuan kosmetik (berbeza dalam tujuan perubatan, kerana ianya berkaitan dengan keadaan darurat, maka itu diharuskan)
Yang ketiga adalah asasnya haiwan itu adalah halal seperti lembu, ayam, kijang, rusa dan sebagainya. (haiwan yang perlu disembelih) Tetapi dalam keadaan ini ianya tidak disembelih. Maka situasi ini saya letakkan ditahap makhruh tahrimi (hampir kepada haram). Kecuali dalam hal perubatan ianya adalah harus.
Yang lebih menyakinkan adalah yang keempat ini. Yaitu produk yang berasaskan haiwan yang halal dan disembelih mengikut syariat sah sembelihan. Maka inilah yang lebih baik dari yang lain. Dan tidak mendatangkan was-was dan curiga.
Sedang dalam hal ini (mengunakan celak kalis air atau water resist yang berasaskan bahan-bahan kimia) adalah harus. Tidak salah. Tetapi jika hendak mengambil wudhu’ dipastikan sepenuhnya yang celak tersebut telah ditanggalkan dan tidak tertinggal walau pun sedikit sehingga menghalang wudhu’ kepada kulit.
Dan pendapat yang ketiga ini adalah pendapat saya. Dan seperti yang para pembaca sekelian maklum, saya bukanlah orang yang arif dalam bidang fiqh. Maka rujuklah pendapat ini kepada orang yang lebih tokoh sebelum berpegang dengannya.
Hadits-hadits berkenaan dengan celak ini terdapat juga didalam Sunan Abu Daud. bab. Bercelak. Hadits no.3898, Ibnu Majah, Hadits no. 3497 dan 3498. dan Tirmidzi,pada bab. Perhiasan. Hadits no. 1757.
Terdapat pula dalam Sunan Ibnu Majah, Hadits no. 3495.(Sayangnya saya tidak mempunyai kitab-kitab tersebut untuk membuat rujukan bagi mengesahkan keujudannya. Sekiranya para pembaca sekelian memilikinya. Silalah selidik sendiri)

Rabu, 25 Julai 2012

Test jpj




Assalamualaikum wbt pembaca blogku..


Debaran semakin terasa,Doakan saya,abang dan teman baik saya hidayah meswan mudah-mudahan lulus test jpj 1 ogos ini.Hal ini merupakan test jpj pertama saya.Saya akui banyak kesilapan yang telah saya lakukan semasa QTI ahad baru-baru ini,tapi tak apalah,kita belajar dari kesilapan,Setiap kegagalan merupakan sebuah kunci menuju kejayaan.
Saya cerita sikit pengalaman saya sepanjang menjalani proses belajar memandu,Tempoh yang diberikan selama 8 jam untuk 8 hari(khamis,sabtu dan ahad).Bayaran yang dikenakan ialah rm450 untuk seorang.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali,walaupun begitu,semuanya jadi tunggang langgang semasa menjalani QTI,gara-gara jem di bahagian bukit,saya tak sempat buat bahagian parking dan 3 penjuru,cikgu terus suruh test atas jalan,banyak kecuaian dan kelalaian saya lakukan.Cikgu hanya geleng-geleng kepala tanpa banyak bicara.Saya sedih dalam diam,saya jadi tak bersemangat,tak keruan dan bermacam-macam lagi.Tak lama beberapa lepas tu saya terbuka hati membuka laman mengenai tips lulus jpj semasa menjalani aktiviti di sirkuit PSM.Alahmdulillah saya menarik nafas lega kerana semuanya baru saya sedar dan faham sebab kegagalan saya semasa menjalani QTI.Dengan itu,doakan kejayaan kami 1 ogos ini..

Teknik 3 penjuru


Teknik Belajar Tiga Penjuru


Teknik tiga penjuru ini akan digunakan semasa anda melalui jalan mati. Jadi teknik ini boleh anda gunakan selain daripada reverse ke belakang yang ada kalanya merbahaya bagi yang tidak mahir mengundurkan kereta. 
Semasa hari ujian, tiga penjuru biasanya akan dilakukan selepas membuat parking. Jom kita lihat teknik untuk buat tiga penjuru khas untuk tujuan ujian kelak.
  1. Apabila anda keluar dr parking, masuk petak belah kanan (ikut anak panah yang diberikan) sehingga sampai ke tiang no 2.
  2. Sambil berjalan perlahan-lahan pusing stering kekanan sampai habis dan berhenti sebelum garisan putih di depan.
  3. Seterusnya pusing stering ke kiri pula sampai habis (4 x) kemudian br anda undur ke belakang dan berhenti sebelum bumper belakang kereta anda pijak garisan putih (jarak dalam 3 kaki mcm tu).
  4. Kemudian pusing stering 3 x dan terus keluar dr petak 3 penjuru tersebut.

Teknik belajar parking


Teknik Belajar Parking


  1. Luruskan kereta, undur dan dapatkan tiang nombor 1 di sisi cermin segitiga dan berhenti.
  2. Pusing kiri sampai habis, undur dan dapatkan tiang nombor 6 melalui cermin tingkap sisi lalu berhenti.
  3. Pusing kanan 2 kali (luruskan tayar). Undur kereta sehingga tayar belakang mencecah garisan putih dan berhenti.
  4. Pusing kanan sampai habis, undur ke dalam petak parking dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
  5. a) Pusing kiri sampai habis guna gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama lurus dengan   garisan dan berhenti (free gear dan tarik handbreak). Angkat tangan.b) Kemudian, masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
  6. Pusing kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.

teknik belajar mendaki dan turun bukit



Teknik Belajar Mendaki Bukit


  1. Gunakan gear satu, jalan ke hadapan mendaki bukit.
  2. Berhentikan kereta apabila tayar hadapan mencecah ke dalam garisan kuning. Bebaskan (free) gear, tarik brek tangan.
  3. Keluarkan kepala melihat ke arah tayar atau pastikan cermin sisi selari dengan tiang 1.

TIP UNTUK UJIAN MENDAKI BUKIT:

Calon akan lulus  jika: 

  1. Berjaya meletakkan kedua-dua bahagian roda hadapan motokar di atas garisan kuning secara berterusan samada 100%, 75% atau 50%.
  2. Berjaya maju kehadapan tanpa berundur melepasi garisan kuning apabila diarahkan oleh penguji.
  3. Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit. Masa tamat akan dicatat selepas keseluruhan badan motokar melepasi garisan kuning.

Calon akan gagal jika:

  1. Gagal meletakkan kedua-dua roda hadapan samada 100%, 75% @ 50%
  2. Melebihi masa yang ditetapkan.
  3. Melanggar tiang penanda besi (samada jatuh atau tidak)
  4. Langgar garisan putih.
  5. Kemalangan (samada langgar kenderaan lain, langgar bahu jalan atau langgar objek dalam litar)

Teknik Belajar Turun Bukit

Gunakan gear satu. Tekan pemacu (minyak). Lepaskan cekam (clutch) secara perlahan-lahan, apabila kereta bergerak, lepaskan brek tangan dan tambah tekanan pada pemacu (minyak).