IIUM RADIA ROSSE

Mawar-Haruman semerbak bak kasturi menggambarkan akhlak yang cantik,bentuk yang unik dan luar biasa menggambarkan perwatakannya yang sopan,duri-duri yang menyelaputi batang menggambarkan diri tidak mudah disentuh oleh ajnabi melainkan suaminya dan warna yang terang menggambarkan keberanian.Selalunya ditujukan kepada gadis sunti yang sentiasa menjaga maruahnya.:)

Jumaat, 29 Ogos 2014

Sambutan Hari Merdeka yang ke-57 untuk pertama kalinya di TMI

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog, baru-baru ini di tempat kerja saya menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-57 buat kali pertama. Semua anak murid masing-masing memakai seragam uniform polis, pilot, chef, doktor, hakim, angkasawan, askar dan bomba. Suasana sangat meriah walaupun tadika kami menyambut hari kemerdekaan buat pertama kalinya. Tentatif dimulakan dengan peraduan mewarna dan lima pemenang mewarna tercantik akan dipilih. 













Dalam pada itu, sebelum menyambut hari Merdeka, kami membuat rehearsal untuk final day. Berikut merupakan hari rehearsal before final day. Mereka sangat comel dengan seragam yang dipakai!

































Sementara menunggu nama pemenang peraduan mewarna tercantik. Semua excited!






Fakhri Haidar : Mana hadiah saya cikgu? :PPP





lima pemenang yang terpilih. Sebelah kanan tu penambah seri.





Isnin, 25 Ogos 2014

Thank you Dr Afareez Abd Razak Al-Hafiz

Assalamualaikum semua, pada fasa kali ini, every last meeting saya menghulurkan sesuatu. SURPRISE!
Alhamdulillah tak sangka pensyarah yang menerima cenderahati tersebut begitu teruja dengan pemberian saya. :).
Pemberian ini adalah sebagai tanda appreciation atas segala bakti, perkongsian ilmu dan pengalaman serta lawak yang dikongsi bersama.

Thank you!

Berikut merupakan sesi fotografi kami bersama Dr Afareez Abd Razak Al-Hafiz buat kali kedua. Suasana lagi bertambah ceria buat kali ini.







for the first time Dr Afareez posing peace!




Our Lecturer Dr Mohd Abbas Abd Razak

Assalamualaikum pembaca blog, Alhamdulillah saya pertemuan dua subjek daripada lima telah habis dilalui iaitu antaranya iailah subjek Dr Mohd Abbas Abd Razak. Beliau sangat kelakar dan indah berbahasa ketika berkata-kata. Semua pensyarah UIA setakat ini sangat hebat dan bagus dalam bidang mereka. Selain itu, mereka sangat merendah diri sehinggakan kalau mereka yang tidak dikenali, kita tidak akan cam bahawa mereka rupa-rupanya pensyarah melainkan yang memang sudah kenal. :D

Setiap fasa yang dilalui pasti tidak akan terulang. Masa berlalu dan sentiasa ke hadapan. Oleh sebab itu, bukan mudah mendapat peluang bersama-sama dengan pensyarah yang datangnya jauh nun di sana yang datang berbakti dan bersyarah menyampaikan pelbagai ilmu dan pengalaman.

Thank you Dr Abbas!












KGK

Assalamualaikum pembaca blog, syukur Alhamdulillah banyak perkara yang pada mulanya agak sukar dilalui akhirnya dimudahkan sedikit demi sedikit. Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan satu kumpulan yang sebenarnya kami tubuhkan semasa berada di kampus Gombak.


Kumpulan ini tercipta hasil daripada ukhuwah kami semasa final exam fasa 1 di Gombak yang diketuai oleh Nani Haryati Abd Za'par. Yang memulakannya dahulu sebenarnya adalah Si Azizah yang menggelarkan Nani KGK gara-gara memakai jubah kuning terang. Bermula di situlah akhirnya kami mencipta satu kumpulan kami KGK.                                                                     

Suasana bertambah ceria dan erat semasa study group pada malam akhir kami berada di Mahallah Nusaibah sebelum exam yang mana semua serentak ketawa apabila saya sendiri membuat lawak yang tidak seberapa lawak (bagi saya) tapi rupanya mencetuskan ketawa mereka semua. Tak sangka lawak saya menjadikan mereka semua tersenyum dan hilang stress terus.. Inilah kumpulan kami. :)